persediaan sebelum bersalin.. royal jelly

as salam readers (wah mcm ramai beno readersnya kan?) hehe,

utk 2nd pregnancy ni saya belum buat checklist pun lagi ni. tp mcm dh tahu apa yang perlu dibeli dan disediakan dan apa yang tak perlu... aritu pun sy dh buat post mengenai 10 pengajaran pengalaman bersalin anak pertama dulu, tp itu menyentuh bab persediaan utk baby la kan. pregnancy dh masuk 5 bulan, saya juga dh start makan royal jelly. kalau dulu, rajin sy dh start awal masa masuk bulan ke-3, kali ni lambat sikit, bulan ke-5 baru start makan. royal jelly ni elok utk dimakan sepanjang masa, kalau boleh tiap2 hari amalkan, insyaAllah sihat selalu, tp saya ni culas sikit bab2 amek supplement ke apa2 ke, sbb tu time pregnant je baru cari...pastu terus makan sampai menyusukan baby pun.. :)) royal jelly ni nama lainnya 'susu lebah'..ia merupakan makanan utk 'ratu' lebah. anak2 lebah biasa akan makan royal jelly jugak utk 3 hari pertama tu, tp 'ratu' lebah akan makan ini je selama hayatnya. ini mmg makanan dia la ni..

Al-Quran (Surah An-Nahl Ayat 68 - 68) yang bermaksud:

"Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah : Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung , di pokok-pokok kayu dan pada apa-apa yang mereka jadikan atap.Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu , akan keluarlah minuman yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya."

royal jelly yg saya amek... dlm ni ada 30 paket, kira utk stock sebulan je ni sepatutnya..
harga boleh tahan gak la utk sekotak ni...
 
rupa royal jelly sebenar...sebelum dijadikan dalam bentuk serbuk.
 
I SERVE THE QUEEN.... :))
 
Jom kita semak apa kebaikan susu lebah ni..

Kebaikan Susu Lebah
  • Susu lebah membekalkan unsur asas pembentukan tubuh manusia. Ianya dibekalkan untuk menjana sel, tisu, organ baru, membina kembali struktur tubuh yang rosak akibat faktor persekitaran dan penuaan.
  • Mengurangkan simpton alahan pernafasan, pelindung kepada artritis dan kanser, membolehkan kelenjar dna otak berkomunikasi, menggiatkan otak untuk berfikir dan mengingati secara optimum.
  • Mengukuhkan sistem pertahanan badan bagi mengelakkan penyakit yang mungkin memendekkan jangka usia sesorang.
  • Pengambilan susu lebah secara terus sekurang-kurangnya selama 3 bulan dapat mengurangkan ketidakselesaan dengan cara membersihkan tubuh, meningkatkan peredaran darah dan membantu membuang sisa tubuh.
  • Melengahkan proses penuaan dan mengekalkan keremajaan fizikal tubuh selama mungkin, keanjalan minda serta apungan psikik (mental / emosi).
  • Menggalakkan peredaran darah, menambah nutrien dan oksigen untuk kulit dan membuang sisa.
  • Meningkatkan aktiviti seksual lelaki dan wanita, melegakan simptom awal menopous, kesakitan haid, simptom-simptom premenstrual, kekejangan, keletihan dan kemurungan sewaktu hamil.
  • Menghalang sesetengah bentuk kanser.
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi - memperkukuhkan pertahanan terhadap bakteria dan virus.
I AM THE QUEEN.... comel kan saya? sihat walafiat...
badan saya lebih besar drp lebah lain sbb saya hari-hari mamam royal jelly je.. 
kulit pun gebusss dan bersinar2 gitew. :))
 saya mmg sarankan sangat pengambilan royal jelly ni semasa hamil, sbb mampu mencegah baby daripada terkena jaundice... kulit baby juga lebih cantik dan sihat.. mari kita amalkan, insyaAllah.. :))

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!