perginya arwah Aldy Hasmi..... al-fatihah

as salam,

pada hari ahad lepas, Malaysia dikejutkan lagi sekali dengan pemergian seorang lagi kadet PTD yg sedang menjalani kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Innalillah... saya sebagai rakan satu skim perkhidmatan turut terasa dengan pemergian allahyarham Aldy Hasmi. apa yang saya kesalkan adalah, beliau rupa2nya adalah rakan sejawat saya di Kementerian Pertahanan, walau bagaimanapun saya langsung tak berpeluang untuk mengenali beliau apatah lagi bekerja bersama. sejak 2 tahun lalu, sy bertugas di luar Wisma Pertahanan dan sejak dari itu byk benda2 baru dekat wisma tu saya tak tahu sgt and tak kenal rakan2 yg lain especially pegawai-pegawai baru...
 
saya ingin merakamkan ucapan takziah buat isteri dan anak-anak beliau (kembar lelaki) yang katanya baru berusia 10 bulan. ah, alangkah beratnya dugaan yang diberikan kepada isteri arwah untuk membesarkan anak-anak bersendirian tanpa suami di sisi. ternyata Tuhan lebih menyayangi arwah dan menjemput arwah pulang ke rahmatullah pada usianya yg masih muda, 35 tahun.
 
kursus DPA pada hari ini tidak sama lagi dengan kursus yang saya pernah hadiri dulu. kursus DPA yg sy lalui dulu sungguh seronok dan kami tidak gentar melakukan apa-apa aktiviti luar wpun agak lasak kerana ternyata soal keselamatan mmg dititikberatkan. mana pernah saya bayangkan sy akan berkayak mengelilingi Pulau Pangkor yg mengambil masa sehingga 10 jam. tapi kami dijaga dengan baik dan keselamatan kami juga terjamin.
 
pada tahun 2010, kita telah dikejutkan dengan berita kematian peserta DPA semasa menjalani latihan di Jugra, dan kali ni di Pekan, Pahang. kedua-duanya dikatakan aktiviti ala komando. saya pun kurang jelas dengan bentuk latihan yg diberikan kerana sewaktu saya mengikuti kursus DPA dulu, tiada kedua-dua modul ini. kedua-duanya merupakan modul baru dan rasanya mungkin pihak yg melatih peserta masih belum mempunyai pengalaman yg mencukupi dalam melatih kadet PTD. modul luar zaman saya DPA dulu (tahun 2007) hanya melibatkan modul OBS 2 minggu, bomba 2 mgg, tentera di PULADA 1 minggu dan polis 1 minggu. yang lasak cuma PULADA dan OBS. modul bomba pula takde la lasak mana cuma memenatkan je. tp semasa kami di PULADA dulu, isu keselamatan mmg dititikberatkan wpun layanan yg diterima tu konon2 mcm 'membuli' kami. tp kami selesa dan gembira sgt sebaik menamatkan latihan. sy pun tak pasti modul yg baru ni (askar wataniah 1 bulan) tu mcm mana bentuk latihannya...
 
bila sebut askar wataniah, saya juga merupakan askar wataniah. kami di mindef mmg diwajibkan untuk menyertai latihan askar wataniah. sebelum dilantik jd askar wataniah tu, kena isi borang mcm2 juga, siap ada statement yg kata kita akan serve sebagai askar wataniah utk 5 tahun. tp bukan semua org boleh masuk askar wataniah (tp DPA mewajibkan semua peserta kena jalani modul askar wataniah sbg syarat utk lulus kursus DPA). sblm jadi ahli, kami kena buat medical checkup dulu, dan saya yg mmg selalu mempunyai tekanan darah rendah ni mmg tak disarankan untuk mengikuti latihan. setiap kali hadir latihan, akan dibayar RM4 utk satu jam, wpun latihan tu hanya berbentuk taklimat biasa saje. peserta juga tak diberi latihan yg berat2 mcm latihan yg diberikan utk peserta DPA ni...pelik jugak, nape nak kena kasi latihan berat2, cukuplah sekadar untuk memahami tugas tentera je, bukan untuk mengambil tugas tentera tu... huhuhu... :(
 
saya juga terkilan, kerana di setiap modul luar ni tidak dibekalkan dengan pasukan paramedik yang sedia ada di lokasi. kalau ye pun nak buat aktiviti lasak, at least isu2 keselamatan mcm ni perlu dititikberatkan, apatah lagi dulu pernah berlaku kes kematian, kena la lebih berhati2 dan bersedia dgn sebarang kemungkinan, kan? jgn mengantuk baru terngadah LAGI. huhu. tp tu la, benda dah nak jadi kan? semua duk bergaduh sakan konon2 org tu salahkan org ni, org ni salahkan org tu dan ada juga yg bg pandangan "bukan masanya nak salahkan sesiapa, tp carilah punca masalah"....hmmmm... abis tu, kalau punca masalah tu adalah daripada 'kecuaian' dan human factor, mcm mana??
 
penyelesaian:
rentetan kes pada tahun 2010 dulu, semua pegawai dan pengarah di Unit DPA, INTAN ditukarkan serta merta, dgn harapan org baru yg masuk tidak akan mengulangi perbuatan yg sama. tp adakah ianya menyelesaikan masalah? hmmm rasanya tidak... katanya kes yg dulu tu dibuat kajian bla bla..tp apa hasil kajian dan apa cadangan dan tindakan penambahbaikan yang dilakukan? hmmm....buat sy tertanya2 juga...
 
semalaman sy tak dpt melelapkan mata, terbayang2 wajah arwah dgn isteri dan anak2nya. semoga ada sesuatu buat arwah dan keluarga arwah. semoga isteri arwah tabah dan kuat mengharunginya...tp tu la, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...... semoga arwah ditempatkan dalam golongan mereka-mereka yang beriman... aminn

al-fatihah.

 

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!