update jap......

7/03/2012

as salam,

banyak benda nak cerita. tapi tak tahu nak mula yg mana satu. cuba je la ni start cerita...

cerita 1: 1st checkup kat KKIA Desa Pandan

arini 1st day pegi checkup kat KKIA Desa Pandan. klinik ni sangat kecik, tapi ramai orang, saya berpandangan, kapasiti nurses yang ada kat sana tak mencukupi untuk memastikan checkup dilaksanakan dengan cepat dan tidak mengambil masa sehingga 3 jam. saya sampai jam 8 pagi, selepas menunggu satu jam, baru nama dipanggil untuk diambil darah. ini pun nasib baik dtg checkup utk ambil darah dan jumpa doc sahaja. dipendekkan cerita, pukul 10.45 baru saya selesai jumpa doc TAPI masih belum setel jugak sebab sampel darah yg saya tadi tu saya kena bawak SENDIRI pula ke KK Kg. Pandan (jarak dlm 5km drp KKIA) ini dan kat sana saya kena menunggu lagi utk keputusan darah dan juga untuk jumpa doc lagi sekali kat sana. jam 11.40 barulah selesai semuanya. huhu.

dahla arini saya bawak si kecik Khairunnisa Safiyyah yang sangat nakal dan tak reti duk diam. hadoiii Tuhan saje la tahu mcm mana perasaan geram, stress dgn masa lagi, dgn anak lagi. next time, walau apa jadi pun saya kena jugak hantar dia ke nursery dulu baru gi klinik. tak kisah la kena patah balik redah jem ke ape ke. huhu. sangat mencabar pregnant bila anak tengah nak membesar dan sgt aktif mcm tu. huhu. pukul 12 baru saya dapat gerak hantar safiyyah ke nursery dan saya smbung masuk ofis. lapar, Tuhan saja yang tahu. sampai ofis je terus makan, minum sbb sblm pegi KK tu saya tak sempat breakfast, cuma sempat minum air masak je segelas. huhu lagi. oh ye, hasil checkup adalah memuaskan, hb pun ok, 12.4 rasanya tadi. alhamdulillah takde apa2 masalah kali ni.


cerita 2: nak buat passport ke tak ni??

18 hingga 20 julai ni sepatutnya  bos suruh saya ikut bos kecik pegi mesyuarat dekat Islamabad, Pakistan. skrg ni sedang menunggu utk kelulusan our Secretary General dan juga kelulusan kewangan. cuak juga nak ke Islamabad ni, tapi issuenya saya ni tak pernah ke luar negara, so mmg tak pernah ada passport. how sad, kan? hehe. adapun sekali je saya ke Bandung, Indonesia dulu2, itupun gi ramai2, so buat passport yg sekaligus utk 10 org tu yg boleh pakai sekali je tu. hmmmm skrg ni tgh fikir nak pegi buat passport skrg or tgg kelulusan KSU dpt dulu, sbb passport tu urgent jugak nak pakai sebab nak dptkan pengecualian visa. huhu. masalahnya kalau buat passport tiba2 KSU tak lulus or bajet tak lepas, melayang la RM300 sebab mmg saya ni bukan kaki melancong luar negara. hmmm..... tgg smpai petang ni, if said KSU sain kelulusan tu, makanya esok saya akan ke pejabat imigresen utk buat passport. kalau tak, tgg je la.....hmmm atau pegi je wat passport wpun KSU tak lulus pun simpan je la passport tu... hmmmm.......... tgh fikir2 lagi ni.....apa nak buat ek??



cerita 3: tentang susu safiyyah....

safiyyah selama 1 tahun 7 bulan ni, dia menyusu sepenuhnya susu badan. tak pernah walau sekali saya berikan dia susu formula. bila saya disahkan mengandung, masa tu baru susu saya mula berkurangan dan mmg tak cukup lagi untuk menampung keperluan safiyyah. dan saya terpaksa carikan dia susu formula. mula2 tanya dengan kawan2 dan juga paed. ramai yang sarankan susu NAN and saya pun mmg plan dr awal dulu nak bagi susu NAN. so, seperti yang disarankan oleh paed dan juga kawan2 yang berpengalaman, saya belikan safiyyah susu NAN Grow 3 and masa awal2 tu belikan juga satu kotak susu ANMUM kut2 dia suka (susu anmum murah sikit drp NAN)... bila saya cuba bagi, ternyata safiyyah lagi suka minum susu NAN berbanding Anmum, kalau susu anmum ni lambat sikit dia nak habiskan. nampak sgt tak suka.




tapi safiyyah minum dengan kuantiti yang sikit = 4oz sekali minum tapi kerap. sebab dia dh biasa minum ebm dulu2 paling banyak pun 4oz je. sbb tu minum susu formula pun banyak tu je. takpe la at least dia selalu dapat susu baru sbb kerap buat yang baru selang 2-3 jam. kalau kat kedai harga paling murah kat 99 speedmart RM35.99 rasanya, tp aritu borong terus ngan kawan 5 kotak harga RM31 je satu kotak. jimat la sikit. satu kotak tu ada 2 pek, so satu pek utk nursery and satu pek utk rumah, and mmg selalunya cukup2 kuantiti susu dia tu setiap minggu. maknanya, satu minggu safiyyah akan habiskan satu kotak susu. ok la. awal2 dulu mcm pelik je rasa sebab nak kali ni kena beli susu, selalu susu FREE je fresh dari ladang. hehe. tp skrg ni, wpun safiyyah dh mula minum susu formula, tapi tido malamnya masih tak lena tanpa susu badan. hehe. alhamdulillah masih ada lagi sikit2 susu saya utk diberikan kpd safiyyah. cuma agak penat la nak menyusukan dia bila time pregnant mcm ni. pregnant kali ni saya kerap kali penat dan sakit pinggang.....hadussss, anak pulak makin mengada2 nakkan perhatian lebih, mencabarnya menjadi seorang ibu! ya Allah, semoga Kau permudahkanlah segara urusan harian ku dan berikanlah aku kekuatan untuk menjadi ibu yang baik.... aminnn.....ya rabb.

sekian, wassalam.

You Might Also Like

0 comments