Kisah Pencarian Susu Formula Terbaik Untuk Khairunnisa Safiyyah

As salam,

Untuk makluman pembaca, sblm ini saya merupakan ibu yang menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya, tanpa campur apa2 susu formula. Ketika usia safiyyah genap 1 tahun 6 bulan, saya disahkan mengandung dan ketika itu susu badan saya mula mengering dan terus mengering. Bekalan susu untuk safiyyah tidak mencukupi dan sejak itu, saya mula memberikannya susu formula iaitu susu NAN Grow 3.

Walau bagaimanapun, saya masih meneruskan penyusuan susu ibu sewaktu malam atau weekend, wpun susu dh tak banyak, tp cukup untuk buat safiyyah lena tido malam dan mampu buat dia tenang bila dia buat perangai. 

Daripada pembacaan saya dan pengalaman kawan2, menyusukan anak sewaktu sedang mengandung adalah tidak menjadi kesalahan selagi mana tidak mendatangkan kesan yang buruk kepada anak yg dikandung, anak yg menyusu dan juga ibu itu sendiri. Alhamdulillah, walaupun saya terus menyusukan safiyyah, kadar hb dan kandungan saya Alhamdulillah sihat dan normal.

Kemudian, ada org pernah bgtau saya bahawa susu NAN ni banyak gula?? gulp! ye ke? 

Saya terus memulakan research dan mula mencari bukti yg mengatakan bahawa susu NAN  ada banyak gula. dan daripada apa yg sy jumpa, susu NAN lnsg tidak mempunyai bahan2 seperti CORN SYRUP / SUCROSE / GLUCOSE yang merupakan GULA TAMBAHAN. Susu NAN  perlu dibancuh dgn air suam @45° dan tidak boleh dibancuh dgn air panas. Ini adalah kerana susu NAN  mempunyai bacteria baik Bifidus B yg mempunyai kebaikan seperti berikut:


B.bifidus helps maintain health of large intestine in both children and adults, promoting regular bowel movements, giving protection from yeast and bacterial pathogens such as E.coli, Clostridium and Shigella infections.


Huhu. Bila dh tahu pasal bacteria tu pulak, saya mula mencari solution utk pegi semak kat kedai nak tengok semua ingredients susu formula yg dijual kat pasaran. 

Motif: saya nak cari susu yg ada bifidus B tapi TAK ADA corn syrup or sucrose or glucose

Buat masa ni yg saya tahu susu Gain EyeQ ada bifidobacterium tu, tp sayangnya susu tu ada sucrose....yg merupakan gula tambahan.

Hasil penelitian saya, susu yang TIADA sucrose/corn syrup/glucose hanyalah susu NAN, ANMUM dan S26. susu lain termasuk DUTCH LADY 123 dan susu mahal mcm enfragrow pun ada SUCROSE and corn syrup.

Walau bagaimanapun, antara NAN, ANMUM dan S26, hanya susu NAN yang mempunyai bakteria baik/hidup bifidus B. sebab tu kalau tgk tatacara pengendalian susu ni agak details kat kotak dia and dia mmg explain satu satu why and how.

 susu ni ADA SUCROSE (gula tambahan), harga RM21, TIADA bakteria baik bifidus B atau laktobasillus


kedua2 susu S26 dan ANMUM ini TIADA SUCROSE (any gula tambahan), tapi TIADA bifidus B and laktobasillus


susu mahal ini juga ada gula tambahan, and tiada bifidus B yg saya cari.....

*

*

*

inilah pilihan saya!! NAN GROW 3

ADA BIFIDOBACTERIUM dan juga lactobasillus, juga TIADA gula tambahan. harga RM31.


so, mmg terbukti pilihan saya untuk memberikan susu NAN Grow 3 kepada safiyyah adalah tidak salah atas justifikasi seperti berikut:
  • mempunyai bakteria hidup bifidus.B dan laktobasillus
  • tidak mempunyai GULA TAMBAHAN
  • tidak berbau hanyir macam susu lain, mcm tak bau susu pun sbnrnya
  • harga berpatutan, RM40-RM45 utk satu kotak
  • direkemen oleh ramai paed kerana hampir menyamai susu ibu (ada enzim hidup dan probiotik) (tp tak sama ye, hampir sahaja, compare to other brands)
  • safiyyah sangat suka susu ni compare to other brands


stok susu....

Kisah pencarian saya berakhir dan insyaAllah ini pilihan yg terbaik yg boleh sy buat selepas dh kekeringan susu ibu untuk diberikan kepada safiyyah.....

Selama hampir 2 tahun saya menyusukan Safiyyah dengan susu badan, dan pengalaman tersebut adalah amat sukar untuk saya lupakan. Terima kasih Shaklee yang banyak membantu saya selama ini.

Buat puan-puan yang masih sedang berpantang, atau baru 2-3 bulan melahirkan anak, saya cadangkan jangan berikan susu formula terlebih dahulu, kerana ada caranya.

Tapi.... untuk ibu-ibu yang membaca entri ni sebab tengah survey nak bagi susu apa dekat anak sebab tiba-tiba susu badan drop, saya nak kongsikan satu video dengan anda semua. Kisah pengalaman ibu yang panik sebab susu badan kurang, dia tak cari formula milk, tapi ada sesuatu yang dia buat. Nak tahu apa, kena tengok dulu video ni...

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Dannnn..... yang best lagi, ada seorang kawan saya ni melahirkan anak pramatang, ternyata susu ibu membantu sangat anak beliau sihat dan naik cepat berat badannya. Meh tengok pengalaman beliau pula. 


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.





sekian, wassalam.

43 comments

Good tip! Thanx on yr research!!

Reply

Thanks for sharing sis...
Anyway, sy sekrg terpaksa campur fm dgn bm tp belum jumpa fm yg sesuai..anyway this can help.. Nan tu ad x yg bby blow 6 month?

Reply

TQ..sya pn tgh mncari FM yg sesuai untuk anak...sbb saya rase skang susu dlm peti makin kurang..tkt anak x puas...

Reply

anak saya pun minum nan dri bby lg..allhmdulilh die suke susu ni..perkembngan otak die sgt memberangsangkn..cpt mengingt pe yg di ajar..mmg terbaik

Reply

Linda: thanks.. :)

sis: susu NAN mmg ada utk baby below 6 month... NAN 1, level no.1 punya.. :) anak sy mmg suke susu NAN je, yg lain2 dia tak berapa gemar.. :)

Reply

haah la, sy pun perasan bab cepat mengingat tu... mmg anak cepat ingat apa yg kita bgtau dia or peristiwa yg berlaku, yg paling penting, cepat ingat nama org.. :))

Reply

bby poo2 okey tak ngan susu ni? currently bg s26,tapi cam makin lame cm makin jarak2 pula time poo2 dye..cam susah nak buang air besar.my bb nak masuk 3 bulan dah. on fm sebab weight probs.

Reply

kadang-kadang, susu FM ni kena tgk pada penerimaan anak tu tadi.. kdg2 ada susu yg bagus, diorang tak suka pula, and kadang2 ada yg effect penghadaman (susah nak poo-poo dsbnya). kena selalu test susu kat diorang. hehe :)

Reply

dear salhah,

TQ for your comment here.. :) anak saya mmg takde apa-apa masalah dengan susu NAN ni and dia mmg akan poo-poo tiap2 hari, at least sekali sehari, ataupun kdg2 2x.. :)

Reply

Sekali bancuh berapa ml dan berapa scoop Kalau anak tak minum banyak. Kalau tak minum tahan berapa lama kat luar?

Reply

kalau anak sy, depends. kadang2 kalau nampak dia dh makan byk/kenyang, sy akan bagi dia 4oz je, kalau 4oz lebih kurang 4scoop. boleh tgk tatacara pembancuhan susu ni dekat guideline kat kotak dia.. :) kalau nampak mcm dia lapar or dh lama tak minum susu, makanya sy akan bg dia 7oz. tp anak sy mmg sejak baby lagi minum sikit2 je sbb dia mmg selalu minum sikit2 tp kerap masa breastfeeding dulu. :) sy takkan bagi susu tu kalau dh lebih 3jam kat luar, maksimum pun dlm 3jam je.. :)

TQ

Reply

Thanx. Lagi satu nak Tanya mcmana nak ajar anak minum fm? Sy direct susu badan selama 1 thn 9 bln. Skarang
Dia tak nak makan Dan tak nak minum fm. Saya risau dia tak makan langsung.

Reply

hehehe... kalau anak tak berapa minat makan, sy ada satu menu yg agak menarik utk dicuba iaitu sup macaroni.. hehehe dulu2 anak saya juga tak berapa minat makan (especially nasi), so sy akan buat sup macaroni kat dia, dan alhamdulillah dia makan.. hehe :) ataupun sis boleh berikan dia buah-buahan ke, cari buah-buahan yg tinggi karbohidrat mcm mangga ke...kan? hehe :))

kalau nak ajar anak minum susu fm tu, pd pandangan sy, kita kena try byk jenis susu. kdg2 dia bukan taknak minum fm, tp maybe dia taknak minum fm 'tu' (brand apa2) ke... kan? apa kata sis cuba dptkan trial pack utk mana2 susu dan cuba bagi kat dia. anak sy mmg sejak dulu tak minat sgt susu anmum dgn dutch lady. tp bila bagi susu NAN ni, cepat je habis sebotol.. :) tp dia nak minum time suam2 je, bila susu sejuk dia dh tak minat sgt.. :)

selamat mencuba! :))

Reply

salam..

saya dah cuba Nan. Nampaknye serasi ngan my bb. :) sebelum tukar Nan sampai terangkat2 kaki naufal meneran. sekarang dah tak. harapnye terus serasi lah..sebab memang nan tak ada gula tambahan..lagipun, rasa s26 sebenarnya manis sikit compare dgn Nan..(saya rasa sikit). tq share pasal fm ni. :)

Reply

salam..thnx for info..nk try for my son umur 18bln..skrg ni dia minum susu Dugro Honey tp gigi dia yg 2 btg kt depan tu da rosak..myb sbb susu tu ade gula tmbh lak ngn honey lg..tp nasib anak sy rajin minum air masak byk...so, ngat nk tukar susu dia yg xde gula ni..then ble search, jpe blog u..thnx sbb de info tuk i guide..

Reply

wsalam sis... hehehe.. :)

sy tak pernah share susu anak pasal saya tak suka minum susu, hahaha :)

Reply

wsalam sis...

kalau susu yg ade apa2 perisa, memang confirm akan ada gula tambahan, especially kalau ada honey tu kalau boleh kurangkan, sebab honey yang diorang guna tu kita tak tahu yg asli atau sintetik tau... cuba la dulu susu NAN tu, so far so gud.. hehe :)

Reply

thanks for the info. Saya pun mmg tgh tercari-cari susu yg bersesuaian dgn Zara yg nak msk 9 bln. Currently minum susu S26 tapi poopoo keras. .sama mcm kes Salhah...meneran sambil nangis sakit. Anyway....pas ni saya nak cuba NAN 1. Hopefully my baby girl will like it! :))

Reply

Thanks for sharing da info. Actually skrg ni sya da start bg my baby susu enfalac plus dgn bf. bila pagi ke tgh hari guna susu botol. Then tgh hari ke malam sya bg bf to her. Tapi i wanna change enfalac because dia alah pada susu tu. mesti kena gatal2 kat muka dia. Kesian dia. So kena la tuka susu secepat mungkin sebelum nak hantar g nurseri.

Reply

Salam..Ada sapa2 tak..bg anak minum susu ilham..atau ada x saoe2 buat research psl susu ilham ni..tq..

Reply

Salam sis..saya pun tgh cari review review on best formula milk utk baby..just in case nanti breastmilk tak keluar (huhu..sbb ramai kata anak first tak keluar susu..so semua nasihat kena standby).

Of course lah kita semua nak BF kan..tapi itu pun semua ikut rezeki masing masing. Jadi saya pun igt nak kena standby jugaklah n tgh cari cari. Tq sgt2 for this review. May Allah bless you for this effort sis! :) many thanks again!

Reply

penemuan/info terkini berkenaan susu NAN ni:

skrg ni Safiyyah hampir 3 tahun, maknanya dh setahun lebih dia minum NAN Grow 3. sejak dia berumur 2 tahun, sepatutnya dia dh kena minum ubat cacing kan? tp entah mcm mana klinik yg saya pegi tu boleh miss dan dia tak pernah minum ubat cacing sehinggalah umur 2 tahun 10 bulan (bulan lepas). mula2 saya seram nak bagi minum ubat cacing, sbb takut terkeluar cacing atau boleh nampak cacing dlm poo poo dia, tetapi alhamdulillah, tiada cacing yg byk pun, nampaknya NAN Grow 3 memang bagus sgt, sbb takde cacing dlm perut safiyyah. ingat lagi yg sy bgtau susu NAN ni ada bakteria baik, bifidus B?? saya rasa itu adalah penyebabnya kenapa Safiyyah tiada cacing dlm perut..

:)

Reply

salam sis.. good info :) Anak sy pun minum NAN since dia 3 bulan. Sekarang dah 1 tahun 3 bulan guna NAN 2. Tp sekarang sy confuse sikit tentang penggunaan NAN 2 dan NAN 3.
NAN 2 - 6 bulan hingga 3 tahun. NAN 3 - 1 tahun hingga 3 tahun. Boleh sis bagi pendapat if anak sy dah boleh start guna NAN 3 or not memandangkan anak sis start guna NAN 3 - 1 tahun 6 bulan. Guna NAN 3 jimat sedikit :) . TQ

Reply

wahh,,,tq sharing psl info ni..sy belum kahwin lg..baru tunang..klu de jodoh insyallah tahun depan sy kahwin..mesti sis pelik cm ne sy boleh berminat bc blog sis kan..cm ni sy ctr skit..hihi..td sy di dtgi seorg makcik..dia mntak sy tlg scan kan anak dia pnye sijil2 peribadi..smbil tunggu scanning 2 sy tnye cik 2 ape rahsia anak dia pandai..sbb sy ternampak result upsr pmr spm semua straight A's.. umur anak die tahun ni 24 n bru grade degree kt rusia bawah tajaan pelajar cemerlang mara..so sy sje tnye rahsia anak dia jd bijak cm 2..kate nye mase bby (xsure umur berapa) dia bg mnum susu nan..mse 2 kebetulan xde susu lain mse kat hospital kata nya..so sy rse susu ni membantu perkembangan minda bby dgn baik..sudah tentu jgk dengan izin Allah swt..rsenye lps putus BF elok bg susu ni..makcik 2 jgk ckp setiap kali anak die g sekolah die bg makan kismis 7 biji..jaga solat semua la...2 yg sy excited nk google sal susu ni..n terjumpa blog ni..so ni kire preparation sy la klu rezeki ad ank nnti..hehe...

Reply

sis, thanks sudi singgah.. :)

saya start bagi anak saya susu NAN Grow 3 masa umur dia setahun 7 bulan. time tu dh start preggy anak no dua so susu badan drop. Kalau ikutkan susu NAN ni ada byk stage, tp let say anak dh masuk setahun lebih, rasanya no problem dh start bagi NAN Grow 3 tu.. :)

sama mcm anak saya skrg dh nak masuk 4 tahun (3 tahun 6 bulan), kalau ikutkan masih boleh je minum Grow 3, sbb dia smpai umur 3 tahun kan, tp sy dh start tukar ke NAN Kids 4 sejak last 2 months. Kids 4 tu start umur 3 tahun ke atas..

:)

Reply

gud info.bru terfikir untuk tukar susu hanania.nia dah minun susu pre nan sejak hari pertama dilahirkan,,kemudian nan pro 1,skunk nia 1thun 7bln ambil nan pro2..bru ingat nak try enfagrow tp da bca info baik ni trus fikir balik em mmg Nan sememangnya terbaek utk nia sbb sihat n cergas aktif walupun bdan kecil molek.otak cepat mengingat n da mulut mula berceloteh..

Reply

yes dear. as far as i know, enfgrow ada gula tambahan. :)

Reply

askum, ank sy pun minum susu nan dr bby lg, susu nan mmng bagus coz bdn ank sy pejal,aktif n iQ dia pun cpt ingt, seawal 1 year dia dh boleh menyebut perkataan ayah dngn begitu jelas skali..

Reply

As salam saya nk let go murah2 susu Nan Pro step 2 700g blm bka lg.ank xsesuai dgn susu2 bli lebih.sape2 yg nk blh email sy akuroaizawa87@gmail.com

Reply

hi anak sy minum susu dumex dugro,sy dh tukar susu banyak kali dh,dia ni ssh nak utk mkn minum susu pun x berapa,tiap.kali minum susu ni x pernah habis sy rasa dia cuma minum susu dia x pernah habis 4 aun sikit je dia minum..dia.skrg makin kurus.tiap kali minum susu batuk..pls tlng sy..

Reply

anak sy minum susu dumex dugro tp dia langsung x duka susu tu,sy x pernah tengok dia minum susu ni habis, sy dh tukar banyak mcm susu xde satu pun ok dan x pernah tgk dia minum susu,skrng dia.kurus sangat sbb dia x nak mkn susu pun x minum..tlng sy

Reply

apa susu yg bgs utk budak sy x pernah cuba nan..ank sy minum dumex dugro tp x ngam.dgn dia

Reply

Tq kak for the tips! Membantu sgt kalau nk bg anak minum suu formula.. :)

Reply

Good tips! Tq kak.. btw sy nak share link ke fb ea..

Reply

baca sharing korang rasa nak beli susu nan esok.gud info

Reply

info yg baik..sy pun baru mencuba susu NAN utk anak saya umur 8 bulan. sblm ni minum Dupro 1 tapi disebabkan dia ada masalah selalu batuk selsema, dah 2 kali masuk hospital sebab kahak di paru2. Jadi terfikir nk cuba tukar susu. setakat ni dia nampak suka dgn susu NAN & poo poo dia pun ok. Harap susu ni dpt membantu menghilangkan masalah kahak anak saya.

Reply

gud info...thanks.. anak sy minum S26...Tgok bajet jgk sis .. susu NAN quit expensive jgk...

Reply

Sy mmg bgi nan sejak baby lg. Skrg genap umur setahun, bole x, sy bgi trs dia nan3? Sy guna nan H.A. Alhamdulillah mmg dr segi perkembangan, dia cpt tngkap. Mulut pn da byk celoteh..

Reply

Tq Puan dgn perkongsian info ni. Sy mmg breastfeed anak selama ni (sethn 7bln) tp disbbkan akan kena transfer next month, sy jd stress & susu bdn merudum sgt2. Hasil ebm klu pam di ofis pun dah xberapa meriah. Sy pun tgh survey fm. Husband suruh cari susu biasa2 jer dulu. Tqvm...

Reply

Saya kenal NAN dari Mak saya. Mak cakap kalau tak dapat menyusu penuh, bagi la NAN :)

Reply

Assalamualaikum..sy nk b'tnye utk ank umr 1 bln lebih susu NAN mne yg patut sy bli.

Reply

Susu NAN memang terbaik...rasanya persamaan dengan susu ibu.

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!