dh ada passport, yeay!! lompat bintang!

as salam pembuka bicara,

okeh. arini ada cerita gembira.

akhirnyaaa.... saya dah ada passport!! hahaha punya la jakun tanya orang sana sini nak bawak dokumen apa utk buat passport, sebab kekdahnya taknak pegi pej imigresen tu byk2 kali. mcm2 suggestion kwn2 bagi, suruh bawak 2 copy ic la, surat beranak la... rupa2nya nak buat passport prosedurnya senang aje. donlod borang dekat website imigresen, isi siap2, pastu pegi pej imigresen, bawak 2 keping gambar berlatar belakang biru muda, ic original, 1 salinan ic (bukan 2 ye, and boleh fotostat kat situ je, mmg ade kedai byk kat sebelah pej tu), gambar pun boleh ambik kat sana jugak kalau tak sempat nak gi amek kat kedai, pastu bawak duit. RM100 utk 2 tahun atau RM300 utk 5 tahun. sbnrnya kalau ikutkan mcm lebih jimat buat 2 tahun tu, sbb charge dia RM100, kalau 3x renew = RM300 = 6 tahun, berbanding buat utk 5 tahun terus charge dia RM300 jugak. tapi issuenye, rajin ke ko nak pegi renew setiap 2 tahun?? sbb org mmg ramai, proses tu kejap aje nak buat, tp ramai lah sgt orgnya.

tadi saya sampai kat pej imigresen wangsa maju dekat2 kul 9 rasanya, siap dalam pukul 11.10pg, dlm 2 jam menunggu jugak la, sbb ramai org. saya sampai kul 9 tu pun dh no ke-90 dh. huhu. tp takpe la, sebab tempat menunggu selesa je, and semua org pun tunggu jugak, so takde la terasa sgt lama ke ape ke. pukul 10 lebih tu saya dh siap dh, cuma nak tunggu utk serahan je, katanya sejam lepas buat pembayaran, so sempat la saya keluar jap gi kedai dekat2 area situ minum sikit and makan roti bakar. bila saya pegi balik je dh boleh ambil dah pun. hehe. makin efficient dh perkhidmatan kerajaan di malaysia ni. :)

ni haaa dia passport saya, yeay! yg penting boleh claim nnti. HAHA. :)


bila dh ada passport ni terus la berangan, lepas ni boleh la gi jalan2 kat obersi, hahaha... kalau ade tiket harga promosi ape salahnya kan, boleh gak la kenal2 tempat org. hehe. oh ya, utk kanak2, charge dia RM150 utk 5 tahun, tapi untuk safiyyah saya belum buat lagi, tgg daddy dia je la pegi buatkan, hehe. :) lgpun pagi tadi safiyyah macam tak berapa sihat sgt, so malas nak bawak dia bersesak2 kat tempat org ramai mcm tu, nnti saya jugak yg stress, dhla kena tunggu lama. :)

saya dijangka akan bertolak ke Islamabad, Pakistan pada 17 Julai 2012 ni, flight dh booking, cuma nak tgg kelulusan kewangan dulu, pastu baru confirm flight. balik KL semula pada 21 Julai 2012, masa tu dh start puasa kan? huhu...maknanya kali ni 1st day puasa, saya berpuasa di Islamabad, tapi berbuka di Kuala Lumpur. Insyaallah. itupun kalau flight balik tu sampai KL sblm bukak pose, huhu.


saya nak kena pegi mesyuarat bilateral Pakistan-Malaysia....


hmmm tgh tengok2 gak ni apa yg menarik kat pakistan ni, kawan2 bgtau kat sana byk kain2, brg2 hiasan rumah and of course, karpet. haha. nak usung karpet bawak balik ke? tengok la dulu mcm mana nnti, lagipun bukannya ada duit banyak sgt pun tgh2 bulan ni, gaji pun dh makin susut. huhu. kecuali la kalau saya gi jual semua tudung Pearl Haya saya tu, boleh dapat ribuan ringgit jugak tu, HEHE. nnti suatu hari nnti saya akan ceritakan mengenai kegilaan sy dgn Pearl Haya ni, tapi kuasa Tuhan, alhamdulillah saya dh tak jadi gila meroyan lagi kat tdg PH ni mcm dulu, in fact, tiba2 jadi macam takde minat lnsg nak tengok tdg ni. sudahnya byk koleksi yg saya dh jual and byk lagi yg saya tak pakai2 dalam lemari tu....balik nnti kena sort lagi la....


ni la antara tudung Pearl Haya yang sgt hot dan limited, yg dh selamat saya jual balik dh. HAHA. cuba teka berapa saya dapat jual tudung ni??? heeeee......


ok la, sekian dulu utk arini, next time kang sy sambung lagi cite... hehe..sakit belakang la...hmmm




Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!