demi Kayu SS2, kuredah jua.....

As salam,

pukul 5 ptg smlm hujan lebat gile, balik keje kul 5.30ptg, gi amek safiyyah pun kete cam nak terbang, hujan lebat sgt smpai basah kuyup. huhu. tapi sebelum balik keje kul 5.30 tu tiba2 teringat nasi kandar lauk burung puyuh goreng dgn telur ikan goreng. huiiissshhh takleh jadi ni, masa tu jugak amek henfon call dedi safiyyah, ajak dia gi dinner kat Kayu @SS2 malam ni pasal nak makan nasi kandar idaman kalbu tu, kecurrr dh air liur bila teringatkan lauk yg saya selalu order tu.

biasanya kalau pegi Kayu@SS2, saya akan order nasi kandar + kuah campur + sayur kobis dan acar timun (ini mmg standard set dia) dan pastu saya mmg akan order burung puyuh dgn telur ikan yg masih belum digoreng, so diorang akan goreng fresh bila kita order. sedapnyaaaa makan nasi lauk panas2! burung puyuh tu digoreng sempurna dlm minyak yg sgttt banyak, mmg moisture sgt and sedapp giler! tp kena makan masa tu jugak, bukan bawak balik ke or tgg lepas 30min ke ape ke, kalau tak, rasa dia mungkin akan berbeza sbb dh sejuk. tp yang paling best and paling tak tahan tu telur ikan goreng! hadoiiii saya ni mmg hantu telur ikan, dpt makan yg panas2 mcm ni mmg sedap hingga menjilat jari..

bila call dedi safiyyah, dia kata dia balik keje lmbat...pastu keluar la ayat drp saya "alaaaaaa.......", and dedi safiyyah response balik "okes, awk dtg amek sy kat ofis, kita gi sama2, pastu nnti hantar sy balik ke ofis balik".... hehehe daku tersengihhhh tanda suka dan gumbira! yesss!! keinginan bakal dipenuhi... haha

otw drp nursery safiyyah ke MITI  hujan turun teramatlah lebatnya, bergoyang2 kereta lalu lebuhraya suka duke tu, wpun hujan dan potensi jem sgtlah tinggi, tapi kuredah juge bersama safiyyah pegi amek dedi dia. tup2 sampai ofis dedi safiyyah, masih duk sibuk wat keje lagi, terpaksa la tunggu smpai kul 7 suku petang baru boleh gerak ke SS2.... sesampainya kat sana tu, tup2 adehhhh ade pasar malam cina pulak dh betul2 depan kedai Kayu tu, hadoooiiii dekat setengah jam kami berpusing2 dgn kereta yg byk nak cari parking, tapi sanggup kuredah jua....

AKHIRNYAA....setelah berpenat lelah, kena menapak lagi ke kedai tu pasal parking jauh, akhirnya saya dapat jugak order makanan yg saya duk idam2kan tu.... sejak pregnant ni (baru nak masuk 3 bulan), dh 3 kali saya gi Kayu SS2 and order benda yg sama, HAHA. :)) kalau dekat takpe jugak, tp saya ni duk tengah2 bandaraya KL, nak ke SS2 tu sebenarnya jauh dan amek masa yg lama...and bukannya takde Kayu lain kat area KL ni, tp nak jugak pegi SS2 sbb nak makan yg sy nak....and tukang masak yg goreng burung puyuh dan telur ikan tu mmg org yg sama... ANE, pandai la u masak.. HEHE. harga dia burung puyuh goreng (seekor) RM7 dan telur ikan goreng (3 ketul) RM6. nasi kandar RM3. total: RM16 yang berbaloiii dan puas hati sangatttt.... :))) dedi safiyyah pun suka telur ikan goreng tu! :)



tengok tu, tak sabo2 nak makan, nasi dh kena ngap dulu baru teringat nak amek gambar... haha.. yg kiri dlm pinggan putih tu burung puyuh goreng and yg kanan tu telur ikan goreng...

hehe sekian. dulu. :)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!