siaran tertunda.. safiyyah ke nursery

7/15/2011

salam,

siaran tertunda. sebenarnya entri ni sepatutnya keluar masa 1st June aritu, tp disebabkan kekangan masa dan keadaan yg sgt tak mengizinkan nak update blog, terpaksa ditunda sampai arini. kekeke. 

sejak safiyyah umur 3 bulan (lepas saya habis cuti bersalin), safiyyah dijaga oleh adik saya dan kdg2 saya hantar safiyyah ke rumah babysitter. rumah babysitter tu on the way dr rumah saya ke ofis, tp jalan nak gi sana tu pagi2 sgt jem dan ambil masa setengah jam jugak nak sampai wpun dekat je sebenarnya. tp faham2 la bila duduk kat tengah - tengah bandaraya KL ni, mmg selalu la tersangkut dgn kesesakan lalulintas ni.

dekat babysitter ni saya bayar RM300 per month, asalnya dia hanya charge RM280, tp disebabkan sy bekalkan sekali warmer utk panaskan susu (dia buat muka pelik bila sy bg warmer dan bgtau kena guna letrik), so sy terus up jadi RM300 supaya muka pelik dia tu akan berubah menjadi senyuman. jawapan dia kepada saya "ye laa...pakai benda ni kang nak kena bayar bil letrik rumah akak lagi...." huhuhu... pdhal, dlm sebulan tu saya hanya hantar safiyyah 4x je seminggu, sebab setiap hari jumaat safiyyah akan dijaga oleh adik saya dekat rumah kami. dan kadang2 saya cuma hantar safiyyah dalam 10 - 12 hari je dlm sebulan tu.. huhu..

warmer jingle jungle ni guna banyak letrik ke ek? huhu...

alkisah, pada bulan 4, saya decide tak hantar safiyyah selama sebulan sebab adik saya baru mula cuti semester, tapi saya juga masih membayar beliau sebanyak RM100 walaupun tak hantar lnsg utk sebulan tu. bila masuk bulan 5 saya hantar safiyyah, bila sampai kat rumah dia tu, nampak mcm ramai je budak2, sebelum ni akak tu jaga 3 org budak termasuk safiyyah, so campur anak dia yg umur 2 tahun tu jadi 4 org. pastu, masa sy gi antar safiyyah awal bulan 5 tu, tengok2 dia dh tambah lagi 2 budak termasuk baby umur 8 bulan, jadinya sekarang dia jaga 6 org budak!! akak ni pulak baru 1st time belajar2 jadi babysitter lak tu.. huhu.. saya dh cuak dan risau juga dekat ofis setiap kali nak hantar safiyyah. ye la, saya bayar dia agak tinggi tu RM300 sebulan, biasanya babysitter ambil bayaran dalam RM200 - 250 je..dahlah jarang2 hantar kan..huhu

saya rasa servis yg diberikan tak sepadan dengan bayaran yg diberikan sebab sejak dia tambah lagi 2 budak tu, safiyyah asyik comot je muka bila ambil dia, mmg sgt2 risau dan mula fikir nak cari solution lain...sebenarnya saya dh survey nursery di sekitar KL yg dekat dengan rumah atau ofis yang bagus dan memuaskan hati. dalam survey tu saya bercadang nak hantar safiyyah dekat nursery sekolah islam ADNI dekat Taman Melawati. dekat je dengan ofis saya di Wangsa Maju tu. tp nak masuk situ mak aiih kena masuk waiting list yg mmg panjang dan biasanya bergantung pd rezeki anak je la, kalau ada rezeki, ada la, kalau takde terpaksa la tunggu berbulan2. saya plan nak hantar pada 1 Ogos, so masuk waiting list dlu, sehinggalah pada suatu hari tu.....

macam biasa saya ambil safiyyah pukul 6 petang. safiyyah diam je masa tu dan masa dlm kereta tu dia meragam, menangis, tp sy ingat dia menangis biasa2 je la kan, sebab mmg selalu jugak dia nangis dlm kete lebih2 lagi kalau jalan jem teruk. kalau kete gerak takpe dia diam je. pastu, hari tu saya bercadang nak terus pegi kedai makan, sebab jalan sgt jem so call mr. hubby minta dia terus ke restoran hadramawt, restoran arab dekat jalan ampang. sesampainya kat sana, masa dlm kete tu safiyyah muntah sikit, sy fikir biasa la kan, muntah sikit2 ni, keluar susu. so sy bercadang nak tgg dlm kedai je la. tp bila masuk je kedai, tiba2 safiyyah muntah banyak sgt, mmg basah baju saya masa tu, basah lencun! mmg risau sgt, tak lama pastu daddy dia sampai dan terus ke hospital naluri dekat wangsa maju, sebab dh selalu checkup safiyyah kat sana je selama ni.. huhu

masa kat spital tu keadaan dia lemah sgt dan muntah lagi tak berenti, so doc advise, maybe sebab pengendalian botol susu tak bersih ke mcm mana ke ms dekat rumah babysitter tu dan doc advise suruh tukar babysitter sebab kata paed tu, seorang babysitter mmg tak boleh nak manage 6 org budak sekaligus, dia nak masak lagi, kemas rumah lagi, huhu... tp nasib baik keadaan safiyyah ok dan itulah hari terakhir saya hantar safiyyah dekat rumah babysitter tu.... esoknya terus call sekolah adni ni, ada tak kekosongan untuk 1 June??

alhamdulillah... ada rezeki safiyyah.. dan sejak 1 Jun, safiyyah mula dihantar ke sekolah islam adni, level hadhonah.... walaupun bayarannya lebih tinggi berbanding rumah babysitter tu, tp mmg puas hati dan mmg betul la bila rezeki tu mmg untuk dia, kami suami isteri tak pernah rasa terbeban nak bayar RM500 sebulan untuk yuran dia, lepas bayar yuran dia tu pun mmg ada je lagi rezekinya... alhamdulillah, dan safiyyah sgt suke duduk nursery ni sebab dia ada ramai kawan dan ada ramai pengasuh... ;) kalau ada parents yg nak hantar anak kat sini, saya sangat2 rekemen dan mmg sgt2 bagus... sekolah islam adni, taman melawati... 





ni dekat bilik baby, biasanya diorang tutup lampu dlm bilik ni..

saya suka tgk safiyyah duduk dgn kawan2 dia dlm bilik ni, hehehe.... :)

- pls click pix utk vie brochures ni -





You Might Also Like

10 comments

  1. hai can u give me this adni nursery add.. TQ

    ReplyDelete
  2. kak, saya pun masalah sama. hantar baby dalam 15 hari je sebulan, tapi masih bayar penuh, thanks for the info abt adni. also thinking abt sending my little one there ;)

    ReplyDelete
  3. macam mana nak masukkan nama anak dlm waiting list?org yg answer phone sgt sombong kata penuh.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear sis,

      dulu, penyelia nursery ni sgt baikk.. tp skrg dh tukar org lain, bukan dia lagi.. masa sy nak masukkan nama anak sy dulu, sy just call hadhonah-adni and dia terus masukkan nama dlm waiting list... after a month mcm tu, sy try call lagi utk check kekosongan, and alhamdulillah mmg rezeki anak dpt masuk situ...


      Delete
  4. kak,

    saya plan nak anta anak kat situ. kat situ penjagaan dia ok x? rapi x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far, sejak hantar anak kat sana (June 2011), mmg bagus penjagaan dia and anak pun byk belajar.. tiap2 hari ade je benda2 baru yg dia buat.. hehe mmg nampak byk benda +ve. so far mmg sgt puas hati.. :)

      Delete
  5. untungnye mama safiyyah. kite queue dkt hadhonah since umur azeem 5bulan dlm perut pun belom dpt =(

    ReplyDelete
  6. salam nak tanya benda off topik ni...
    warmer jingle jungle tu betul ke ade function keep warm? tq.

    ReplyDelete
  7. salam akak, kat sini ambil baby from umor berape ye?

    ReplyDelete
  8. salam akak, taska ni amik baby from umor berape ye?

    ReplyDelete