it is all about your LOVE and RESPECT to your sweet angel

salam.

hari ni saya nak produce entri berbentuk peringatan untuk diri sendiri dan rakan - rakan. org panggil, sharing is caring. hehe. kadang kadang benda benda kecil yang bakal saya bincangkan ni yang kita selalu terlepas pandang. and, i will call this entry as "it is all about our love dan respect to your sweet angel"... ada 2 perkara. pertamanya, saya nak sentuh bab "love"... org selalu tanya saya, mcm mana nak bagi susu banyak? adakah ambil supplement? jawapan saya: "ye... saya ada ambil supplement, tapi kadang kadang saya terlupa juga nak makan" adakah saya minum air 3L satu hari? jawapan saya: "saya kurang minum air, mmg tak sampai 3L pun satu hari rasanya" tapi, bila saya kaji balik mcm mana saya boleh ada susu yg mencukupi, of course, rezeki cik adik khairunnisa safiyyah ni banyak, ada rezeki dia utk minum susu saya setiap hari dan saya selalu pam 3 atau 4 kali dlm masa satu hari dan selalu bg direct feeding.

tapi, yg saya sendiri tak perasan ialah mengenai kebiasaan yg saya amalkan setiap hari, iaitu, "saya minum air mineral setiap hari sewaktu di ofis, dan saya minum air yg bertapis bila dekat rumah, atau kadang kadang saya bawa bekal air dari rumah saya sendiri", so as conclusion, saya rasa "kualiti" air yang diminum tu sendiri mampu mempengaruhi penghasilan susu yang berkualiti. pandai pandai je saya pakai teori sendiri kan?

saya cerita sejarah sikit la ye, rumah pertama saya duduki ialah di kota damansara, yg dibeli sejak mei 2009, pastu lepas kawen, kami terus pindah ke sana, lepas melahirkan khairunnisa safiyyah, mr suami telah bertukar ke kementerian lain, so kami sudah tidak sehala lagi (sebelum ni kami satu kementerian), saya terpaksa bersetuju untuk berpindah ke kuarters di kuala lumpur untuk memudahkan urusan kami nanti (nak anta safiyyah ke rumah bs tiap2 hari). so, bila saya masuk je kuarters baru tu, saya tak boleh nak minum air masak yg dimasak guna air paip kat rumah tu. kualiti air dekat KL ni sangat sangat teruk. saya akan sakit tekak bila minum air tu dan saya akan rasa bersalah sebab saya terpaksa bagi safiyyah susu yg dihasilkan drp air yg saya minum tu. as we know, 80% daripada komposisi susu badan ialah AIR. mana nak datangnya susu tu kalau kita tak minum air, kan? so, saya buat assumption sendiri, kalau kita minum air yang berkualiti, adakah susu yang dihasilkan juga berkualiti? takkanlah nak bagi anak minum susu yang tak berkualiti??..... tengok, bila dh jadi mak ni, perkara yang pertama kita akan fikir, ialah "anak"... kan?? hehehe....

oleh sebab itu, kami buat keputusan untuk invest beli water filter, tp sebelum beli penapis air tu, mmg tiap2 hari saya cuma minum air mineral semulajadi (bukan RO atau drinking water) dan bawak ke ofis pun mmg minum air mineral je. haaaa.... saya rasa mgkin itu menjadi punca juga kepada production susu kut, logik tak?? hehehehe.... 

tengok ni, analisa tipikal/typical analysis yg diorang tulis dekat botol spritzer ni:


Kalium
2.3mg/L
Kalsium
32mg/L
Natrium
7.8mg/L
Magnesium
2.1mg/L
Silikon
35mg/L
Bikarbonat
125mg/L
Sulfat
<3mg/L
Klorida
<1mg/L
pH
7.3

kan dah free free boleh dpt mineral mineral ni semua instead of minum air kosong semata mata, kan?? hehehe... :)

 bukti betapa TAK BERSIHNYA air kat KL ni, ni after 3 weeks saya pakai penapis air ni tau, dh LEGAM dahhh... huhuhu... 

eh, tibe tibe tak de pulak cerita pasal "RESPECT" tu kan??  sebenarnya pasal respect ni simple je, saya cuma nak tekankan, "jika anda ingin anak anda resepct dgn anda, sila respect dia dlu, dan sekiranya anda respect anak anda, sila respect MAKANAN anak anda"... apakah??

ni haa.....

 susu untuk anak yg bawak balik dr ofis tu, letak la dekat seat atas betul2, jgn main letak dekat ruang bawah ke dlm but ke ape ke.. anggap la anak anda duduk kat situ... ;)

so, untuk henbeg mahal, breastpump mahal, laptop mahal, taraf engkorang hanya kat kaki je tau! susu anak ai lagi penting... kekekeke.... ;))

ni dia, my precious....... khairunnisa safiyyah...

daa.... :))

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!