cerita suami isteri jangan dijaja jaja... haha

4/11/2011

salam.

haa... sbnrnya, inilah cerita yang saya nak cerita dalam entri sebelum ni (cerita safiyyah), tp dh terlanjur cerita pasal benda lain pulak, hihi. :P cerita tentang kesanggupan saya untuk mengandung dan beranak serta ketidaksanggupan saya untuk melalui tempoh berpantang dan sembelit lepas bersalin (at least, kena bagi masa dan ruang utk saya tenangkan diri ye encik suami)... suami saya dah start suruh saya pregnant lagi tahun ni (akhir tahun) supaya anak lahir tahun depan. adoyai. kalau ikutkan saya, mmg takde mslh nak pregnant dan bersalin lagi, cumanya, saya masih belum bersedia nak lalui pengalaman lepas bersalin tu lagi sekali. semua yang pernah bersalin dan berpantang akan tahu betapa tak bestnya tempoh berpantang tu. itu takde hal, lumrah biasa. tapi yang tak best lepas bersalin ni, saya alami banyak simptom simptom yang tak best dan buat rasa serik.. huhu kita tengok ye:
  • sejak lepas bersalin, saya alami masalah sembelit yang teruk! huhuhu.. sampai sekarang tau, dh mcm2 ubat makan. saya dh serik nak berpantang makan ubat nona roguy lagi. dia buat perut saya sakit memulas-mulas tapi saya tetap sembelit jugak. sampai sekarang saya masih perlu gunakan bantuan pil novolax, tapi kadang kadang tak menjadi jugak.. seksa woooo kena sembelit ni, sampai berdarah darah.. kalau time pantang dlu, bila time membuang je, mesti sy jadi bad mood dan stress, nak susukan anak pun rasa tak selesa tau... serik betul
  • masa saya pregnant dlu, saya alami masalah pelupa yang agak kronik. adoi la mak, mmg lupe tahap tak boleh nak recall balik, kalau org tolong ingatkan pun kita tetap rasa blank tak ingat ape ape. saya ingat bila lepas bersalin dah kembali normal la, tapi rupa rupanya, makin teruk masalah pelupa saya ni. kacau kerja jugak, sbb kdg2 lupe kerja yg bos suruh buat kalau banyak sangat keje. huhu. 
  • lepas abis berpantang, saya balik ke kl. sambung cuti kat kl 50 hari. sebulan sebelum saya mula kerja balik, saya berpindah duk quarters dekat jalan u thant. beso weh rumahnya, ada 6 bilik, double saiz apartment saya dekat kota damansara (apartment saya 1000sqf). bilik air ade 4 biji. masalahnya, bila rumah beso mcm tu, ingat sempat ke nak kemas dan vakum hari hari? masalah lagi beso, lepas bersalin, saya alami masalah keguguran rambut yang amat amat serius! kdg2 rasa mcm dh nak botak dh ni, satu rumah yg beso tu rata rata akan jumpe rambut rambut saya yg berterbangan. adoi la, tak larat la weh. weekend ni kena hire tukang cuci rumah la, nak minta dia mop dan vakum rumah. huhu.
setakat ni, 3 sebab tu la menghalang keinginan saya untuk ade anak lagi dlm masa terdekat ni. lagipun safiyyah baru nak masuk 5 bulan la.. nak kasi safiyyah minum susu dgn saya puas puas dlu, at least dia umur 2 tahun baru boleh ada adik kan? kan? hehehe... untukmu suami, adinda ada lagu ni... hehe

(P) Oh Kekanda jangan irihati, Dinda naik pangkat lagi.. (ini best! ngeee....)
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini.. (ye la tu sangat, kan? hihi)

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) Tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi, (dlu kita satu kementerian, skrg dh tak sama, huhu)

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa, (dinda pun byk keje juge)
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini semua demi masa depan keluarga,
(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?


(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!


(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,
Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,
(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

suke betul la lagu ni... hehe, peace kanda! ;))

You Might Also Like

4 comments

  1. kite copy ek..nk letak kt blog kite gak..hahahah

    ReplyDelete
  2. sangattt betol.angah pun lepas bersalin ada gak ckp kat husband, tak kesah pregnant & bersalin.tapi BERPANTANG tu..hushhhh..mencabar betol..huhu..

    ha bab sembelit tu, angah takde masalah.doctor bg 5 botol ubt utk elak sembelit.along pi cari kat farmasi, name die lactul solution.lps makan je, makan ubat ni.mmg tak sembelit.lancarrrr je.hehe..(masa pregnant angah ada masalah ni.tp mase tu taktau psl ubat ni lagi..)

    ReplyDelete
  3. sama la pengalaman bersalin..mmg serik tau..1st time dpt buang air besar lepas 12 hari bersalin..tp b4 tu merana yang amat..macam2 ubat telan..tak berjaya..hingga 2 bulan keadaan..tiap kali nak buang mesti seriau..sekrang sudah kembali kpd asal..tp mmg gerun..kalau bab pregnant..1st-3 months tu mmg sakit skit..smpai skrg kalau teringat masa awal2 pregnant, pun seriau..heheheh

    ReplyDelete