cerita kisah safiyyah masa mula mula dia bukak mata dia...

salam.

macam macam nak cerita ni. tapi tak reti nak susun cerita bagi cun macam cerita cerita orang lain. huhu. sejak seminggu dua ni, ramai kawan kawan yang bercerita pasal pregnancy diorang, ada yang dh masuk 9 bulan, ada yang dh sampai tarikh due tapi baby belum keluar keluar lagi, ada yang baru nak masuk 35 mgg tengah prepare barang barang untuk sambut baby, ada yang dah masuk hospital tapi masih sempat tulis status dekat fb, dan salah seorang daripada staf saya pun dh bersalin semalam tak sempat balik kelantan sbb terbersalin awal dan sorang lagi dh 8 bulan, due bulan may.. huhuhu.. seronok dengar cerita kawan kawan. 

pengalaman bersalin: Ya Allah! Tuhan je yang tahu betapa sakitnya sakit nak bersalin tu. masa tu nyawa ibarat di hujung rambut, sakit sangat. masa tu baru kita ingat mati dan masa tu juga la baru ingat Tuhan seikhlas ikhlasnya, dan nampak muka suami macam muka malaikat, rasa berdosa sangat kalau selama ni selalu tak dengar cakap dia (saya mmg suka tak dengar cakap suami, hihihi). TAPI, itu je yg saya ingat, sitausi waktu sebelum masuk labor room, dalam labor room dan selepas keluar drp labor room. kalau diminta untuk mengulas atau menceritakan kembali "macam mana sakit yang dirasakan waktu tu", serius, saya tak ada jawapan. kerana segala sakit sakit dan susah payah saya semasa melahirkan tu hilang begitu sahaja sebaik sahaja baby saya keluar, yang saya ingat masa dia keluar tu, saya rasa mcm air keluar je. tapi, yang saya paling ingat, sakit contraction yg saya alami sejak pukul 8.10 pagi lepas kena induce pukul 8 pagi mula berkurang / almost hilang sebaik sahaja doctor bgtau bukaan dah 9cm, position 'zero' dan dia minta saya bersedia utk meneran. biasanya bila 10cm baru kita akan diminta utk meneran, tp disebabkan position baby dh zero dan mmg kepala baby dah betul 2 nampak, saya diminta untuk meneran masa 9cm. waktu ni, sakit saya dh tak sesakit sebelum tu, mungkin sbb fokus hanya satu (utk melahirkan) dan seluruh tenaga kena kerah nak meneran. 

lega lepas baby keluar, sejurus lepas dia dilahirkan, safiyyah terus dibawa ke NICU, dia kena on antibiotik selama 5 hari sebab air ketuban dah pecah lebih drp 24 jam. huhu. kesian safiyyah. 6 hari kami berdua berkampung dekat hospital ampang tu. masa hari pertama tu, saya tak sempat nak susukan safiyyah, saya dibawa ke wad yang berasingan. pukul 12 tgh malam, nurse bawak saya ke nicu utk susukan safiyyah. tapi alangkah sedihnya, safiyyah tak ada apa apa reaction bila disuakan nipple dalam mulut dia. dia tido je. lemah. 

keesokan harinya, saya dan safiyyah dibawa ke wad nicu yang mak dgn baby boleh rooming in together2, tapi safiyyah masih tak bg apa2 reaksi bila disuakan nipple. doc bgtau, dia agak slow sikit masih tak pandai nak sucking. hati saya sedih. susu juga masih belum ada. mcm mana susu nak ada sebab safiyyah tak hisap dan tak ada stimulation pada nipple. doc terpaksa berikan safiyyah formula milk. huhu. but what happen?

lepas diberi minum, safiyyah muntahkan semua sekali susu tu. selang 15 min dia akan muntah, sambil menangis nangis, hati ibu mana yang tak sedih, semalaman dia menangis, tido dia terjaga bila muntah, dan saya dapat rasa dia sakit setiap kali muntah tu. pukul 2 pg, doctor dtg check safiyyah dan safiyyah sebenarnya intolerate degn fm. huhu. saya teringat azam dan janji saya masa dia dalam kandungan dlu. "saya hanya nak susukan safiyyah dengan susu dari badan saya semata". safiyyah dibawa ke nicu sekali lagi, saya disuruh berpindah wad. kali ni, safiyyah tidak diberi fm lagi, sebaliknya dia kena puasa, kena masuk drip dan dimasukkan tiub ke dalam perut, melalui mulut dia utk keluarkan gas dan sisa sisa susu fm yg tertinggal. huhu. sedih sgt tengok dia masa ni. 

 safiyyah umur satu hari... :)

esoknya, mak mentua dan suami dtg ambil saya untuk dibawa mengurut, utk bagi susu ada. alhamdulillah, bila dh berurut, susu mula keluar, dan makcik mengurut tu minta saya terus susukan baby sebaik sampai ke hospital. bila sampai je ke hospital, tengah excited nak susukan safiyyah, doctor tahan saya. katanya safiyyah kena puasa sampai pagi esok, nnti pagi pagi esok dia minta saya susukan safiyyah. huhu. oh ya, semalam tu bila dia dh kena masuk drip tu, safiyyah kena jaundice sbb dia tak minum susu. dan pagi tu, dia masih duduk bawah lampu. pagi pagi tu saya bangun seawal jam 5pg, siap mandi semua saya ke tempat safiyyah, ambil dia dan cuba suakan nipple ke mulut safiyyah. alhamdulillah, syukur sangat2.. safiyyah dah mula menghisap walaupun tak lama. agaknya dia sempat juga merasa kolostrum setitis dua agaknya. lepas tu, breast terus membengkak dan jadi berat. itulah pentingnya stimulation drp anak ni. amat amat mempengaruhi penghasilan susu.


di situlah bermulanya era breastfeeding untuk safiyyah, masa usianya masuk hari ke-3... dan sejak itu, dia masih breastfeeding sampai sekarang, 4 bulan, 3mgg... next week genap umurnya 5 bulan.. 3 hari jugak dia bergantung dekat drip tu, sbb doc takut susu tak cukup utk dia sbb susu saya masih belum byk ms tu. bagus jugak bila dia kena masuk drip, sbb dia tak disuap dgn susu fm (dia mmg fm intolerance) walaupun susu saya masih belum banyak. by the time dia dh tak perlu bergantung dgn drip, jaundice dh takde, susu saya pun bertambah meriah.. syukur alhamdulillah... hari ke-5 dia lahir barulah kami dibenarkan keluar dari hospital... huhu...



notakaki: sebenarnya saya nak cerita pasal benda lain tadi, tp dh tercerita benda lain pulak.. hihihi.. 

 ;)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!