semudah 1, 2, 3, 4... ala.. mesti boleh punye....

salam.

hari ni saya nak berkongsi rutin harian saya lepas balik keje - biasanya malam sebelum tido saya akan buat aktiviti yang dh jadi kebiasaan ni. lama lama, makin seronok pulak berada dalam golongan ibu ibu yang breastfeeding ni. bangga dengan diri sendiri dan memuaskan hati.. malam, sebelum saya melelapkan mata, saya akan cuci semua botol dan peralatan yang dh digunakan pada waktu ofis, kemudian saya akan sterilize dan keringkan. semua rutin dan prosedur ini saya buat tiap tiap hari tanpa gagal. maknanya setiap hari feeding bottle, storage bottle dan peralatan mengepam akan disterilkan sebelum digunakan semula keesokan harinya. ada sesetengah ibu memilih utk steril seminggu sekali dan ada yang memilih utk rebus botol dalam air panas. terpulang pada kelapangan dan kesesuaian ibu ibu la kan. ok, berikut rutin as easy as 1, 2, 3, 4... :)

langkah pertama: semua botol, cap, sealing disk dan alat2 mengepam saya akan bukak dan masukkan dalam besen utk bilas dan rendam dalam warm soapy water. tp takde la pakai banyak sabun pun masa ni.

botol botol berkumpul beramai ramai dalam besen bersama sabun dan air suam

langkah kedua: kemudian, setiap botol dan peralatan akan dibasuh menggunakan berus khas dan cecair pencuci khas, saya tak gunakan dish washing paste / gel yang biasa utk keselamatan pengguna 'kecil' saya. saya selalu gunakan sabun pencuci brand pigeon atau pureen. sabun pureen lagi best sebab dia banyak buih dan lebih pekat. sabun pigeon ni dia agak cair dan kurang berbuih. (tp sebenarnya, mengikut apa yg saya belajar semasa di universiti dlu, banyak buih bukan menjadi indicator bahawa sabun tu bagus, hihi)

ini sabunnya tu... dan kat sebelah mesti ada sabun pencuci tangan juge.. 

botol botol menunggu giliran untuk dibersihkan. hehehe.. cute kan diorang ni.. ;)

langkah ketiga: saya akan susun botol dan peralatan atas rak utk disterilkan. saya menggunakan avent digital steriliser yang sangat cepat, mudah dan best! saya memilih utk guna steriliser instead of rendam or rebus dlm air panas/suam sbb ia lebih menjimatkan masa dan tenaga (konon busy takde masa la ni, kononnye, hehe) 

 botol botol disusun atas rak steriliser...

botol botol tengah disterilkan......

langkah keempat: sebaik selesai proses mensteril, saya akan keringkan botol dan peralatan di atas kain bersih yang telah diletakkan di atas meja khas bersebelahan dengan upright freezer. kain itu dipastikan sentiasa bersih dan bebas dari segala habuk dan sebagainya. 

kain pengalas ni saya beli dekat ikea, kain utk lap pinggan ni sebenarnya.. saya tak letak atas rak pengering sebab dia akan lmbt kering, kalau mcm ni semalaman dh kering cantik dh.. ;)

inilah sudut untuk peralatan menyusu safiyyah.. kat atas freezer tu ialah botol botol yang telah kering dan sedia digunakan dan telah tertutup rapi.. :)

so, siapa kata breastfeeding ni satu proses yang susah? it is as easy as 1, 2, 3, 4.. untuk bawa ke ofis, just ambil cooler bag kat atas meja tu, letak seketul brite ice coleman, amek botol botol kosong dan pasang peralatan mengepam, isikan dalam beg, bawa ke ofis, pastu pam la sambil buat keje kat ofis... mudah kan? hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.... yang penting puas hati dan gembira sentiasa... ;))



2 comments

saya nak tanya ley...botol2 lepas strelize tu...letak atas kain atas meja je la ye..x yah lap2 ke...kira biar semlm kering la dia esoknya ek?ke gane =)

Reply

like la info kat sini. xde button like la

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!