anda simpan susu macam mana? saya buat macam ni....

salam.

untuk makluman semua, dalam entri entri dalam blog saya akan diselitkan dengan gambar gambar susu. bukan bertujuan untuk riak ke ape ke, ada sebab kenapa saya selalu suka letak gambar susu / ebm di blog saya ni. hari ni saya nak berkongsi mengenai kaedah penyimpanan dan pengendalian susu dan ebm yang saya amalkan hari hari. mungkin bagi ibu ibu yang tak berapa tahu mengenai caranya boleh rujuk pada entri ini kan? harap ianya membantu dalam memudahkan lagi penyusuan ibu ibu kan? ok, saya mulakan dengan penyimpanan dari mula ianya diperah di pejabat sehinggalah digunakan sebagai bekalan untuk si kecik saya khairunnisa safiyyah... :)

langkah pertama: biasanya dekat pejabat, saya akan mengepam sebanyak 3 kali sesi atau kalau nasib baik boleh buat 4x, tp jrg la nak dpt peluang nak pam 4 x tu.. tp ade juga time saya tak dpt nak kejar, sempat pam 2 x je.. setiap hari, hasil saya bawa balik berjumlah 15 - 20oz.. so far, belum pernah kurang drp 13oz lagi, alhamdulillah, safiyyah murah rezeki.. :) actually, 15oz tu mmg dh cukup utk safiyyah minum keesokan harinya sbb dia hanya minum 13-15 oz je dekat rumah babysitter dia (8pagi hingga 6 petang).

 ini susu fresh yang baru je dipam masa dekat pejabat tadi.. 

langkah kedua: semua hasil tenusu tu saya akan masukkan / simpan dalam cooler bag. saya gunakan cooler bag brand stylo mama dan letak satu ketul brite ice brand coleman. alhamdulillah, tahan hingga ke petang. saya suka pakai cooler bag ni sbb dia agak besar dan tinggi, so saya boleh muat 6 botol dan boleh tumpang letak pam sekali kat dlm tu. jadi, tak payahlah saya kena basuh tiap2 kali lepas pam masa dekat pejabat tu. cukup letakkan je dalam cooler bag ni pastu gunakan balik utk next session. kalau basuh, saya risau, pam tak kering, so tak boleh nak guna sbb takut air akan termasuk dalam tubing dia pulak nnti. so, buat masa ni, mmg ini la cooler bag yang paling best yang pernah saya guna. saya dah gunakan cooler bag medela dan moms precious. masing masing ada kelebihan dan kelemahan masing masing. kan? hehe ;)

 susu yang telah dipam td diletakkan dlm cooler bag, bersama sama dgn pam.. eh, jgn letak motor dia dlm ni jugak pulak ye, kekeke... rujuk kat sini kalau nak tgk kat mana saya simpan motor dan tubing pam ni ye..


langkah ketiga: sebaik sahaja sampai ke rumah, saya akan pindahkan semua susu yang telah dibawa balik td ke ruangan chiller (belah bawah peti sejuk). ini bagi menjamin kualiti susu tu td, kalau kita terus bekukan dia, komposisi dan nutrisi susu tu mungkin berubah disebabkan perubahan suhu yang mendadak. saya akan letak susu ni di ruangan chiller selama 2 hari la biasanya (susu ni tahan sampai 3 hari, tp saya letak 2 hari je, mcm tak best pulak dh nak dekat2 expired baru pindah ke freezer/bekukan).saya juga akan bekalkan safiyyah dengan susu fresh ni juga bila dia nak ke rumah babysitter nnti.

susu di ruangan chiller... selama 2 hari diorang akan transit kat sini sebelum masuk freezer..

langkah keempat: lepas 2 hari, saya akan pindahkan susu ni ke dalam upright freezer yang mmg beli khas semata mata untuk simpan stok ebm safiyyah. stok takde la banyak sgt berikutan disaster pada suatu hari dlu, tapi takpe, kena sentiasa positif, kan?

kalau kita sabar dan percaya setiap kejadian ada hikmahnya, insyaAllah akan dipermudahkan, 
tgk, saya berjaya juga restock balik ebm utk safiyyah.. ;)

 okie, ini la rupa dalam freezer saya tu ye, satu baris je penuh stock, kat paling atas tu utk letak coklat2 daddy safiyyah (dia suke masuk coklat dlm freezer, apahal entah), ruang ke-2 tu saya letak icepack (skrg sy dh pindahkan ke ruang yg paling bawah), ruang ke-3 tu baru simpan ebm safiyyah.. :)

langkah kelima: saya suka amalkan prisip first in first out, so, sape yang masuk dlu, dia la yg keluar dlu. oleh itu, saya mmg pakai ebm yg ada dlm freezer tu utk bekalkan safiyyah dekat rumah babysitter. let say ebm dlm freezer mcm banyak je, saya akan bg dia 10 oz ebm, 7 oz lagi sy bagi yg fresh. so, ebm safiyyah takkan expired, sbbnya, dia hanya akan minum ebm yg berusia dua minggu sebelum tu (not more than 1 month punya stok). sebabnya, mmg la kalau boleh kita nak bg yg fresh kan? tp kalau lebih byk kasi yg fresh, yg dh beku tu kita nak buat ape simpan lama2, lagi lama simpan lagi dekat nak expired, lgpun ebm tu pun at last kita nak bg anak kita jugak minum kan? kesian dia minum ebm yg stok 3,4 bulan lepas.. so, sbb tu la saya pakai prinsip "beras" tu hehe (guna prinsip bekas beras tupperware, first in first out). so stok saya takkan berusia lebih drp satu bulan. biasanya 2 mgg je paling lama. 

 untuk cairkan ebm yang beku tu, saya akan lalukan dgn air biasa (tap water), kemudian, saya akan rendam kan botol dalam bekas macam ni... pastu...

saya akan biarkan ebm td mencair sepenuhnya dalam chiller. bila bangun pagi esok, insyaAllah ebm akan cair sepenuhnya dan dh boleh terus bekalkan safiyyah. botol yg paling kiri tu susu yg paling fresh utk safiyyah minum pagi2 masa dekat rumah babysitter...

demikianlah tadi kaedah yg saya amalkan untuk penyimpanan dan pengendalian ebm.. tak susah kan? yang penting, jika anda ada niat yang betul dan ikhlas untuk fully breastfeeding anak anda, insyaAllah Tuhan akan permudahkan segala galanya. percayalah, setiap anak ada rezeki masing masing. tugas kita sebagai ibu, cari dan usaha sampai dpt rezeki utk anak tu.. jgn tunggu dtg bergolek.. hehe.. :)


6 comments

two thumbs up for your entry this time ..sgt best ..=))) ...nak tanya la adila...masa pumping kat opis guna handsfree always yer...

Reply

kemas n tersusun..macam nurul, sofiya minum 55 oz ebm..dn bekalkan 10 oz segar..tp sll tak abis pun 15 oz..susu nurul tak meriah..kalau 4 kali pump..12 oz dpt..apapun alhamdulillah..mmg stok sofiya, tahan 1 bulan..apapun syukur sgt2 still dpt susukan sofiya dgn susu ibu

Reply

tq for this entry. leh gak check ci ni betul tak cara or sama tak dgn org len...huhuhuhu...
oh nk tnya, psl corong freestyles tu, yg kuning lembut yg dalam tu, pernah tak jd hitam/ or sumthing mcm berkulat? ci pon tatau mna silap ci, xcukup kering ke apa ke, tp ci bru perasan part kuning tu ada hitam2...susah jugak nk kuakan, kna sental2....kwn cakap sbb ci tak basuh evrytime pump. tp kalo basuh, mcm u ckp, nnti xkering n air masuk dlm tiub... :(

Reply

mardeeya: yup, masa dekat ofis mmg handsfree sentiasa... :)

Reply

sgt menarikkkkkk!!~

Reply

beli kt mana yang silicon utk corong tu?

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!