tokey tokey kedai letrik, baik ko jual daging beku je senang crite!

3/22/2011

salam.

semalam cerita pasal saya tak puas hati dengan maxis. kite bako maxis kite bako! refer pada entri ini blackberry. arini nak lontarkan perasaan tak puas hati dengan semua kedai kedai letrik pulak. yg ni bukan setakat nak bako, nak sabotaj terus bagi diorang tak bule niaga kat sini lagi. kalau dah semua kedai letrik tak jual apa yg kita nak, baik ko jual ayam daging je wei.. kesahnya, saya dah dekat sebulan cari upright freezer. sebulan tu! ada jumpe 1, 2 jenis, tapi kapasiti dia beso dan rege pun ribu ribu gitu. tak berbaloi. saya cuma nak cari upright freezer brand faber or mistral yang 100ltr tu, harga dalam RM799-1000 je. dah sepuluh kedai letrik saya pegi, siap call lagi tanya ada stok ke tak. adoi, semua kedai takde yang saya nak. dah dekat sebulan ni! 

Add caption

Upright Freezer FZ 108 U

Features:
  • 100 litre capacity.
  • Colour: White
  • Manual defrost
  • Adjustable feet
  • Adjustable themostat
  • Mechanical tempature control
  • Reversible door - left or right swing
  • High density foaming
  • Environmental freindly technology
tadi waktu lunch hour, try pegi satu kedai letrik lagi dekat taman permata. ni kali kedua saya pegi kedai ni. katanya, stok hanya ada May ni. amboi lamanya. frust punya pasal, pegi shopping dekat onebabyworld, satu row je ngan kedai letrik tu. next entri kang baru upload ape yg dishopping tu. skrg takde mood. huhu.

lepas balik ofis, terfikir nak call fimaco sendiri, tanya dia bla bla, keputusannya, esok saya cuti, lepas bawak safiyyah checkup, nak pegi showroom fimaco, beli terus freezer ni kat sana. harap harap ada rezeki untuk safiyyah. tunggu kemunculan update tentang freezer ni ye..

freezer kat umah dah penuh ngan ebm. kat belah bawah tu simpan icepack la, fridge-to-go la, brite ice la.. abistu, dekat mana saya nak simpan lauk pauk ayam daging semua??
ce crite ce crite.. huhu

You Might Also Like

0 comments