AVENT vs MEDELA [review]


Dah lama nak buat entri ni. sekarang baru berkesempatan. teringat zaman saya pregnant dlu, saya mencari cari review tentang breastpump, tapi jarang jumpe. Kalau jumpe pun, just review pasal satu brand je, tanpa ada perbandingan antara dua brand breastpump yang paling femes saya kira: medela vs avent

Kalau review oleh pengguna avent, mereka akan kata avent terbaik. Kalau review drp pengguna medela, mereka juga akan kata medela yang terbaik. oleh itu, saya sebagai pengguna kedua dua jenis brand berasa terpanggil untuk buat review mengenai kedua duanya dengan adil dan saksama tanpa menyebelahi mana mana brand. 

Ini adalah kerana, saya sangat sangat suka kedua duanya! :)



Kita cerita sejarah dlu ye, mcm mana saya boleh ada dua jenis breastpump, kita shortkan jd bp je la ye. 

Semasa saya mengandungkan safiyyah 7 bulan, saya invest duit untuk beli AVENT ISIS IQ UNO (electric). Saya memang berazam nak breastfeeding baby anak saya selama yang boleh, kalau dpt achieve 2 tahun mmg nak buat kenduri doa selamat nnti (ini dah kira nazar dah ni, kena buat kenduri kalau misi tercapai, pembaca menjadi saksi). 

Sampai mcm tu sekali impian dan harapan saya. Kerana itu jugalah saya beli bp electric instead of manual. Tapi, apa yang best, AVENT ISIS IQ UNO ni buleh jadi 3 dalam 1: electric, bateri dan juga manual.

Sebaik sahaja safiyyah dilahirkan, lepas abis pantang, agak agak dalam dua minggu lagi sebelum masuk keje, saya mula buat power pumping dan kumpul stok sikit sikit. Bagi yang tidak tahu, power pumping ni kita buat selama satu jam, iaitu gilir gilir pump selama 10 minit selama 1 jam. 

Kalau kerap buat power pumping, insyaallah, hasil akan bertambah baik dari masa ke semasa. Mula mula kumpul stok, saya hanya dpt 9oz je maksimum dalam satu hari. Jenuh nak dpt 3oz tu, berkali kali pump baru dapat. Tp skrg ni, safiyyah murah rezeki, sekali pump boleh dapat 7 – 12oz, tapi tengok keadaan dan waktu juga tu. Saya sangat happy dengan bp avent saya ni.

Bila saya dah mula masuk keje, saya mula start pump di ofis, tapi disebabkan avent ni dia mcm agak berbunyi dan susah nak pump sambil buat keje kerana motornya ada kat atas (berat), saya terpaksa pegi ke ruang solat utk pump dan sekali pump mengambil masa setengah jam sebab dia single pump. 

Kalau dah 3x pam, mcm tak best pulak sebab selalu hilang dr tempat saya. Oleh kerana itu, saya memasang niat untuk memiliki double bp supaya saya boleh pump dekat tempat saya dengan hasil yang memuaskan. dan.. 

ketika itu la saya mula invest lagi beso utk MEDELA FREESTYLE breastpump! :)

So, sekarang kita tengok perbandingan di antara kedua duanya ye...






AVENT ISIS IQ UNO
MEDELA FREESTYLE



SINGLE

DOUBLE

Harga mahal tak?
RM490 (beli online dr UK)
RRP: RM899
RM1370 (beli online dr UK jugak) RRP:RM2199

Handling? Bising tak?
terhad sebab kena pegang kerana motornya ada kat atas. agak berat jugak, lenguh tangan. agak bising sikit, org sebelah boleh dengar, bole ganggu org tgk tv.

Freestyle. Boleh handsfree. Hanya sangkut je dekat nursing bra, pastu pump la sampai lebam. pun sama, ada bunyi jugak, kena sorok motor dlm beg atau letak atas bantal untuk mengurangkan bunyi.


Electric? Manual? Bateri?
3 dalam 1. Semua boleh. Pilih je. So boleh jadi backup bp bila time electric takde.



Hanya boleh electric & bateri sahaja. Tak boleh manual.
Suction?
Sangat bagus. Boleh set memory suction yang kita nak. Nak laju ke, slow sikit ke, suka ati. Saya suka pam laju laju suruh cepat siap.
Ada 2 phase. Memula dia akan stimulate, ada level 1 – 9. Saya stimulate pada level 7 atau 8. Lepas dia stimulate dlm 5 min, dia akan start suction, juga ada level 1 -9. Dia mirip2 marmet, rasa mcm ada org perah perah dan urut urut. Best. Boleh dengar susu tercurah masuk botol masa tengah pam ni.

Hasil banyak tak compare antara dua bp ni?
Tiada beza. Cuma lambat sikit nak pam sebab ianya single pump. Lebih setengah jam untuk kosongkan cik B. Kena picit & urut urut sendiri sikit.

Tiada beza. Agak cepat nak collect hasil, dlm 25min, cik B akan kosong.
Sakit ke tak?
Tak sakit langsung.
Agak sakit masa mula mula, tapi bila dah biasa ok. Kalau pump guna level 7 atau 8 tu, rasa mcm nipple kebas / lebam sikit. Kalau bagi baby isap pastu, akan rasa sikit sakit.


Bila cik B bengkak gile, adakah pump ini melegakan?
Membantu mengosongkan cik B, tapi perasaan tak seindah guna freestyle.
Sangat sangat sangat best bila pump kalau cik B sangat bengkak. Sbb dia ada fungsi mengurut cik B. Kalau kena blocked duct pun best bila guna freestyle, dia membantu sangat. 


Susah tak nak cuci dan pasang part?
Sangat sangat senang nak cuci, nak keringkan dan pasangkan part sbb partnye takde la banyak mana.
Senang nak cuci, cuma agak leceh nak pasang sbb part dia banyak. Renyah sikit dan lambat sikit nak kering. Tapi bila dah biasa, ok je.


Boleh guna botol ape ape ke masa pump tu?
Haaaa... yang ni la kelemahan yang paling nyata. Hanya boleh guna botol avent sahaja sebab muncung pump dia besor. Dia utk botol yang wide neck. Sedangkan banyak storage bottle standard neck.

Boleh guna apa apa sahaja bottle selain daripada botol medela yang mahal itu. Senang, pump pastu terus tutup, tak perlu pindah pindah botol.


# review ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, setiap individu mungkin mempunyai pandangan dan pengalaman yang berbeza.


Saya amat yakin, ibu-ibu yang terbaca review saya ini adalah mereka yang komited nak susukan anak-anak dengan susu ibu masing-masing. Walau harga pam yang sangat mahal, si ibu biasanya sanggup kan? 

Tetapi, macam mana pula jika anda melahirkan baby pramatang atau tidak cukup bulan? Boleh ke anda menyusukan susu badan anda sendiri dan pam susu supaya dapat berikan anak anda susu badan? 

Seperti yang diketahui, bayi pra matang sangat-sangat perlukan susu ibu untuk membantu dia membesar dan tambah berat badan. Saya ada kenal seorang kawan yang ada masalah ini, dan berjaya selesaikan masalahnya. Susu badannya alhamdulillah, cukup untuk keperluan bayi pramatang beliau. Jom saksikan video ini.

Kisah perkongsian seorang ibu yang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anaknya yang lahir pramatang....... 



15 comments

nice info dear :) i follow u k...

Reply

wah menariknya info nie. teringin jugak nak beli medela freestyle bila mengandung 2nd baby nanti, amin-amin :)

Reply

arissa: tqvm dear.. :)

ida: amin amin.. sy sgt2 rekemen beli freestyle ni, sgt berbaloi.. ;))

Reply

I LOVE MEDELA FS TOO!! :)

Reply

Assalam. thanks info. tengah survey breast pump jugak. aim either medela or avent, manual jer. budget tak berapa ade. info sis ni sgt membantu. so far jumpe avent manual rm250, medela manual (harmony) rm190. masih penin nk pilih y mana. hehe

Reply

hi..boleh kongsi website yang u beli secara terus tu x?

Reply

blh share web belibdr ovrrsea x?

Reply

oh..isis tu 3in1...macam unimom allegro lah.. :)

Reply

Sis nk tanye. Ur medela fs breastshield soft fit ke atau yg keras? I punye jenis keras sbb soft fit dh xde jual. I'm thinking of buying avent sbb sume breast pump die soft fit. I tgk kt u tube avent ni nmpk mcm die ks massage kt Kwsn areola bile pumping. May I know whts ur experience? I cume xsuke medela fs sbb nipple sakit mase pumping

Reply

sis nastazea,

personally, i mmg lagi puas hati guna medela FS berbanding Avent. once you guna avent especially yg elektrik you will know. sbb motornya ada di atas, and u kena pegang botol tu.. kalau pam stgh jam, stgh jam la u kena pegang botol sbb dia tak boleh nak gantung pam tu kat nursing bra. part ni mmg FS menang.

bab avent ada function massage tu, personally bg i, medela FS is better. sbb medela FS mmg ada function tu, akan rasa sgt ketara bila kena blocked duct. kalau avent, dia stimulate kat area aerola je, bukan whole breast.. so kalau kean blocked duct, tak rasa lega sgt..

FS yg i beli dulu ada dua-dua soft fit dgn keras punya, tp i mmg pakai yg soft fit tu, maybe u boleh try search online, maybe ada yg masih jual soft fit tu... boleh cuba email kak izzah @http://izzahazfar.blogspot.com

cuba u tanya dia, kut2 dia masih ada stock soft fit.

pendapat i, kalau dh ada FS, better teruskan dgn FS, tak recommend sgt avent, kecuali u nak beli yg manual utk backup, then it's alrite..

Reply

byk info yg menarik n bguna kat ur blog. nk follow laa..~

Thanks for sharing..~

Reply

Good info
harap puan boleh share macam mana nak beli online dr UK
thx

Reply

good info...best sharing ni :-)
Bet pun tengah pening kepala nak pilih mana satu...
cuma ada baca info mentioned tentang Medela ni suction tube mudah untuk reverse susu yg kita pump tu... pernah x berlaku mcmtu?

But I LOVE medella la,,, Bet dulu guna manual je tapi boleh buat stock susu dengan superb jugak la walaupun lenguh tangan...heheheh


www.nurbatrisyabetsyanti.blogspot.com

Reply

hi Bet.. :)

berkenaan soalan Bet pasal suction tube mudah utk reverse susu tu, selama saya guna medela sejak 2011 sampai skrg (guna utk anak ke-2), mmg xpernah lagi terjadi mcm tu.

lgpun suction tube tu dkt luar area susu mengalir pun.

:)

Reply

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!