lahirnya khairunnisa safiyyah ke dunia..

3/18/2011

salam.

safiyyah dah masuk 4 bulan sabtu ni. 20 hb March ni bermakna dah 4 bulan saya melahirkan safiyyah ke dunia ni. saya masih belum menceritakan di mana mana mengenai pengalaman saya bersalinkan safiyyah. saya ambil peluang ni untuk bersama sama berkongsi pengalaman yang tak akan dapat saya lupakan itu. Demi Allah, saya tak sanggup menukar ganti pengalaman yang paling manis dalam hidup saya itu walau dibayar jutaan ringgit! kalau ikutkan due date berdasarkan tarikh hari pertama period saya yang terakhir, safiyyah akan dilahirkan pada 3 Disember 2010. tapi, kuasa Allah swt, safiyyah lahir lebih awal iaitu pada 20.11.2010 hari sabtu jam 7.41pm di Hospital Ampang, Selangor. 

bila saya dah disahkan mengandung, awal awal lagi suami nak saya lahirkan anak tu dekat hospital Ampang. ada 3 sebab kenapa kami pilih hospital tu. yang pertama, sebab kami menerima feedback yang sangat positif daripada kawan kawan yang pernah melahirkan anak di hospital tu. hospitality dan layanan adalah sangat menggembirakan hati. sebab yang kedua, kami memilih untuk bersalin di hospital kerajaan kerana tak sanggup nak tanggung risiko, memandangkan ini kandungan pertama saya, masih belum jelas sama ada kandungan ini ada komplikasi atau tidak, kang kalau kena buat c-zer dekat hospital private kang naya je terbang 7, 8 ribu. sebab yang ketiga, hospital ampang sangat dekat dengan rumah mentua saya, di Ampang juga.



16 November 2010 (Selasa)
malam sebelum ni saya dah siap siap packing untuk ke rumah mentua di Ampang. memandangkan esoknya, 17 Nov adalah hari raya haji, kami bercadang untuk terus stay dekat rumah mentua je sampai saya bersalin. saya masih belum apply cuti bersalin lagi masa ni. cadangnya, next week baru nak mula bercuti, lagipun due date masih berbaki 2 mgg. saya belum masuk 38 weeks pun lagi hari ni.

17 November 2010 (Rabu)
selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua umat Islam! kami beraya secara bersederhana di rumah mentua. masa ni masih belum ada apa apa tanda yang saya akan bersalin dalam masa terdekat. cuma sejak seminggu ni saya dah mula rasa braxton hicks dan kaki tangan semua sembab gile. org tua kata, bila kaki sembab tu dah surut nnti maknanya dah nak dekat sangat dah nak bersalin. tapi masa ni kaki tangan sgt sembab lagi. kami sempat lunch di rumah mak sedara saya dekat putrajaya, dia buat bbq utk family yg tak dpt balik beraya di kampung kerana kekangan cuti. masa kat rumah cik ngah, saya dah tak larat dah. nak jalan, nak bawak badan pun dah penat sangat rasanya. cik ngah ada tegur saya, katanya nampak saya dah sarat benar ni. 

18 November 2010 (Khamis)
saya masih bekerja seperti biasa hari ni. masih tak ada apa apa sakit atau contraction. rutin yang sama, pegi ofis, petang balik terus ke rumah mentua. sehinggalah tengah tengah malam itu........

19 November 2010 (Jumaat)

4.00 pagi - tiba tiba saya tersedar daripada tidur. rasa macam ada air keluar. terfikir sendiri "air ape ni? terkencing ke? tp rasa mcm keluar darah period je, tapi bukan darah ni, air, adakah dah pecah ketuban?"... hari ni genap usia kandungan saya 38 minggu. saya agak agak ia hanya air biasa je, terus ke toilet utk weewee. saya cuba untuk sambung tido. tibe tibe, rasa macam ade air keluar lagi. tapi kali ni banyak. airnya cair, jernih dan tidak berbau. saya bangun dari katil, sambil tu cuba kejutkan suami di sebelah. bila saya bangun dan berdiri, terus air terkeluar dengan banyaknye. "bush".. rasa mcm keluar gitu la. basah lantai. suami dah bangun dan kalut kalut tanya "awak terkencing ke?"... saya cuma mampu jawab sambil terketar ketar "dah nak bersalin agaknya". suami tergamam dan rushing terus kejutkan mama. air masih keluar, tapi saya langsung tak rasa sakit or contraction.

6.00 pagi - lepas call sana sini, semua suruh saya cepat cepat ke hospital. memang dah nak bersalin katanya. saya pakai pad, teruskan solat subuh dan breakfast ala kadar. katanya, kena makan dlu, nnti dah masuk labor room dah tak boleh makan atau minum. confident je nak bersalin hari ni. saya masih tak rasa sakit, tapi katanya maybe saya akan dipaksa utk bersalin juga walaupun masih belum ada contraction sbb air ketuban dah pecah. pukul 7.00 pagi kami bergerak ke hospital.

7.30 pg hingga malam - tiba di hospital, bermula la episod seluk menyeluk yang sangat annoying ini. adui... nurse minta saya tukar baju hospital sebab doctor nak check sama ada air tu adalah air ketuban atau bukan. lepas tukar baju, doktor check dan sahkan itu memang air ketuban dan bukaan dah 2cm. saya admit kat ward. masih belum ada sakit. bila masuk ward, cuba tenangkan diri dan prepare mental dan emosi utk persediaan utk bersalin. God, i'm gonna see my baby soon! happy, tapi takut. pukul 10 pagi, masa doctor melawat, dia bagitau, kalau takde ape ape tanda untuk bersalin (contraction), saya akan start on antibiotik after 24hrs & akan induce esok pagi. saya rasa, hari ni saya tak akan bersalin lagi, tapi esok mmg saya confirm kena bersalin. so malam tu, saya betul betul rehatkan diri, sediakan mental dan emosi untuk berjuang esok. saya tenangkan diri dan buat hospital tu mcm berehat kat hotel pulak, tido berselimut tebal dgn sejuk aircond, mmg best. hihi. 

20 November 2010 (Sabtu)
hari ni usia kandungan saya 38weeks 1day. pada pukul 3pg, saya mula dicucuk antibiotik untuk mengelakkan baby kena infection sbb air ketuban dah pecah lama. air masih lagi keluar. tapi rasanya dah hampir kering sbb dah bertukar warna ke arah lite pink sikit pad saya.  beberapa kali bukaan jalan dicheck, dan  masih sama 2cm dan saya masih belum rasa apa apa sakit. contraction. sukacita dimaklumkan bahawa saya akan di 'induce' atau dipaksa bersalin. nurse suruh saya mandi dan breakfast awal awal sebab saya kena induce pukul 8pg nanti. mandi dan bersiap sambil nervous. huhu.

8.00 pg - saya dah siap mandi sambil nervous dan nurse suruh saya makan dlu. tapi disebabkan rasa mcm taknak makan lagi, saya tak jadi makan, konon konon nak makan lepas induce nnti. ye la tu. tepat jam 8pg saya telah dimasukkan ubat yang pertama. rileks je poyo2 jalan semula ke katil.masa tu bukaan masih sama 2cm. sepuluh minit kemudian...........

saya dah mula rasa sakit contraction. adoyaiii sakitnya, tak sangka pulak sakit dia mcm ni dan agak pelik, memang saya tak pernah rasa sakit mcm ni. breakfast tadi dah tak lalu nak makan dh. so perut saya adalah kosong dan tidak diisi. adoi. nurse marah dia kata nnti nak guna tenaga mana buleh perut kosong. tp ms tu dah sakit giler, mmg tak boleh nak makan minum lagi. 

10pg - doctor melawat dan dia kata, dia boleh bg ubat pelali utk tahan sakit kalau tak tahan sangat. saya yg dah tak tahan sgt tu terus minta diberi ubat itu dan dicucuk dibontot. akan tetapi, sakitnya langsung tak hilang, cuma saya rasa sangat2 mengantuk dan lali, rupanya ubat tu utk bagi kita tidur, tapi saya tak tidur sbb duk tengok jam nak tunggu suami dan mak datang pukul 12 tu. kena marah kat nurse lagi sbb tak tido. huhu. sakit gile. 

12 tghr - suami, family saya dtg, baru sampai dari kampung malam td. masa ni sakit dia Tuhan je yang tahu, setiap 10min sakitnya datang. mak saya cadangkan minum air zam zam dan ambil selusuh. tp polisi hospital ni, tak bagi minum air zam zam atau apa2 yang membantu mempercepatkan bersalin. ada sebabnya, air zam zam dan ubat selusuh ni dikatakan boleh mempercepatkan contraction dan baby cepat turun ke bawah, sedangkan bukaan rahim kita baru sedikit. ini boleh membahayakan anak, kepala dia lebam nanti. so, lepas ni, kalau diberi rezeki bersalin lagi, saya takkan ambil ubat selusuh lagi. huhu. 2 jam saya struggle tahan sakit atas katil, masa ni dah tak nampak muke muke yang melawat saya. memang ramai family saya datang, kebetulan, hari ni hari sabtu, so waktu melawat panjang (12tghr - 7mlm). 

2 ptg - nurse datang check bukaan dan buat CTG ke pebenda yang nak check heartbeat & pergerakan baby tu. bukaan dah 5cm. sakitnya, Tuhan je yang tahu. nurse tanya, ada rasa nak meneran tak? saya jawab je ada, padahal rasanya belum ada lagi ms ni, sbb masa tu tak tahu mcm mana rasa mcm nak meneran tu?? heee... saya rasa ms ni muka saya dh pucat lesi, dhla tak makan, tak minum, sakit gileeeeee..... nurse kata, nak kena check labor room dlu, kalau kosong, kita akan masukkan terus.

2.45 ptg - nurse dtg bawak wheel chair, suruh siapkan brg baby (sepasang baju dan diaper) dan kemas barang2 sebab nak bawak saya ke labor room dan lepas bersalin kena tukar ke wad lain. saya dah lega masa ni, ingatkan bila dah masuk labor room tu sakit akan jadi kurang atau dia nak bg epidural ke ape ke. 

3.00 ptg - di labor room, saya diminta tukar baju sekali lagi  dan diminta berbaring utk bersedia utk bersalin. bukaan ms ni 6cm. kat dlm labor room tu yang saya ingat, diorang pasang bacaan surah2 dalam al quran. rasa macam dah nak mati dh masa tu. sakit weh. sakit hingga tak terkata apa apa. suami ada di sebelah & pegang tangan saya. nasib baik jugak ada gas oksigen pebenda ntah yang bagi kita rasa lega dan lalok tu. saya memang sedut gas tu habis habisan mcm rasa nak tetido pun ada. masa 6cm tu saya dah mula rasa nak meneran, tp nurse suruh tahan dlu, nnti kepala anak lebam. tapi, bila sakit sgt dtg, sy memang akan meneran jugak. haaa... nak bagitau, kalau bersalin dekat hospital kerajaan, epidural hanya ada masa office hour. saya pun tak faham atas dasar apa. so, disebabkan hari itu adalah hari sabtu, saya memang langsung tak ambil epidural. mcm tak percaya saya mampu bersalin normal tanpa epidural lepas sakit 12 jam!

pukul 5 ptg - bukaan dah 8cm, dah nak dekat dah, sakitnya Tuhan je yang tahu. masa ni saya cuma ingat Tuhan dan mati je. suami di sebelah mengalirkan air mata......

pukul 6 ptg - nurse dtg check bukaan & masa tu dah 9cm, masih belum cukup 10cm tp position baby zero. maknanya baby mmg dh keluar, tp sangkut kat serviks sebab tak cukup lagi 1cm. tp sebab tak tahan sgt, nurse minta saya bersedia untuk bersalin. Masya Allah, masa bukaan 9cm ni, sakit contraction dah berkurangan. cuma saya kena kerah tenaga betul2 untuk meneran. stress gile bile setiap kali meneran nurse cakap teknik saya salah...huhuhu... dah macam tgh main bola rasanya sbb semua duk sorak2 kat sekeliling katil saya. nurse ade 6 org, suami ada kat sebelah kiri dan doctor ada kat sebelah kanan, sorang lagi nurse tgh ready utk bantu saya bersalin dengan cara 'menzapppp' dengan gunting! woho, magic, tak rasa sakit lnsg kena gunting...

7.41pm - akhirnya selepas berhempas pulas mengerah tenaga, KHAIRUNNISA SAFIYYAH KHAIRIWAN dilahirkan ke dunia... seberat 2.81kg... alhamdulillah syukur sangat2.. :)

muke happy, dah selamat.... :)

safiyyah semasa berumur 7 hari..... 

You Might Also Like

3 comments

  1. Salam

    dah berpeluang datang sini akhirnya..

    safiyyah bila nak dapat jumpa ni, muka macam anak jepun pun ada nih :) nnt gathering bawak safiyyah sekali, ramai boleh tengok dia nih :D

    ReplyDelete
  2. haksss...along...sapa tu??huhuhu...;p

    **blog comey mcm safiyyah yg gebu**

    ReplyDelete
  3. sy pun kena induce..mula-mula dgn prostin. lepas 6 jam x sakit2, kena drip oxytoxin.masa tu baru mula sakit2..ngeri la kena gunting. saya rasa sakit kena gunting tu. tu yang buat trauma tak hilang lagi ni..

    ReplyDelete