hobi baru saya

salam.

sejak akhir akhir ni saya ada hobi baru. hobi yang sangat enjoy dan menggembirakan hati saya. kalau zaman muda muda sebelum kawen dulu, saya suka baca novel, tp nak habiskan satu novel akan mengambil masa selama sebulan atau lebih. tak larat la. lepas kawen, saya dah tak sempat nak baca novel lagi. masa free saya hanya waktu weekend. saya suka keluar tgk wayang atau main boling dengan suami dan family. 

lepas ada anak, nak tengok wayang, main boling, hanya angan angan. dah tak sempat lnsg dah. apatah lagi nak baca novel! masa banyak dihabiskan utk anak dan suami di rumah. weekend saya akan ambil peluang untuk kemas rumah cuci kain baju dan kadang kadang saya suami dan anak keluar bersama-sama. jalan jalan shopping barang rumah / barang untuk safiyyah.

skrg ni saya ada hobi baru. iaitu mengumpul susu pastu amek gambor susu yang dikumpul, sebagai bukti kepada safiyyah bila dia besar nanti yang mak dia yg comey ni susukan dia dengan susu ibu dia sendiri. lagipun saya suka tengok gambo susu / ebm. gambo ebm kawan kawan pun saya suke tengok. mampu menceriakan hari saya. jom jom tengok gambo ebm saya. hihi ;)

gambar first - stok awal awal masa mula mula start nak simpan stok (Feb,2011)

tengok ni, berbeza kan? susu belah kiri tu sebelum saya ambil supplement shaklee. yang belah kanan tu lepas saya ambil supplement tu. berbeza kan? ;)

kemudian, stok makin bertambah... masa ni baru belajar buat stok, so tak tahu yang susu tak boleh letak dekat dekat dengan pintu freezer.. :)

lesson learnt. ebm telah dipindahkan ke bahagian dalam. tengok, dah makin banyak kan? mula mula dulu saya suke simpan susu dalam liner, konon nak jimat space, tapi  ianya sangat leceh dan melibatkan proses pindah memindah utk dihantar ke babysitter (liner-storage bottle-feeding bottle).. renyah wehh.. ;)

 hasil tuaian pada 16 Mac 2011 jam 4.30 ptg. ada improvement di mana cik B telah serasi dengan medela freestyle ku itu... 16 Mac dpt kumpul 19oz masa mengepam dekat ofis.

ini hasil tuaian pada 17 Mac 2011, jam 8.30 pg @ 6oz. seperti biasa, cik B kanan lagi banyak daripada cik B kiri.

pagi pagi tadi, masa dalam lif nak ke ofis, sempat ditegur staf. "puan, banyaknye beg...." hihihihi... puan pun jawab "haah, ade macam macam.."....

tengok kat bawah ni, ini la gambor beg beg yang saya bawak pagi tadi... ;P

 
 dari kiri: beg breastpump, handbag coach yg isi macam macam khazanah, yang beg hitam tu beg keje / docs and yang biru purple tu beg segala macam air (air masak, air panas, air siap bancuh siap siap & cookies famos amos)

Post a Comment

Followers

Mereka Bergaduh Kerana Shukree!